Badan pemikir dasar awam kerajaan Pulau Pinang, Penang Institute, enggan mengulas dakwaan laman DC Leaks yang mendakwa ia menerima dana daripada hartawan George Soros.
Pengarah Eksekutifnya, Zairil Khir Johari berkata beliau tidak menyedari mengenai dakwaan itu dan enggan mengulas tanpa mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut.
"Oleh kerana ini kali pertama ia berlaku, saya tidak menyedarinya dan lebih baik saya tidak mengulas tanpa mempunyai maklumat mengenainya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini semalam.
Bagaimanapun, Zairil, yang juga Anggota Parlimen DAP, berkata jika perlu institut itu akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara tersebut dan mengeluarkan kenyataan rasmi.
Baru-baru ini, DC Leak mendakwa Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki Soros menyalurkan dana kepada pertubuhan awam tempatan termasuk Bersih, C4 Malaysia, Pusat Kesedaran Komuniti (Empower), Penang Institute, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Jawatankuasa Pilihan Raya Bebas (Comfrel).
Ia mendakwa OSF turut berusaha mempengaruhi pilihan raya negara ini menerusi program pergerakan pengundi mobiliti.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P. Ramasamy berkata dakwaan tersebut tidak berasas kerana Penang Institute dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
Katanya ketirisan itu hadir dengan agenda politik dan tiada rasional untuk mengaitkan Penang Institute dengan Soros.
"Saya rasa Penang Institute tidak menerima dana luar khususnya daripada Soros dan tuduhan ini tidak berasas serta mempunyai agenda politik," katanya.
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dilaporkan sebagai berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat aduan mengenai penyaluran dana asing kepada portal berita tertentu dengan niat menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi. -- Bernama
Bernama
Fri Nov 04 2016
Zairil Khir berkata jika perlu, Penang Institute akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara tersebut dan mengeluarkan kenyataan rasmi. - Facebook
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
FAM buat persiapan awal aksi menentang Krygystan, Taiwan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat perancangan awal dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Tumpuan Rabu - 01 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
PRK KKB: Larangan berpolitik di masjid, surau masih berkuat kuasa - JAIS
Larangan itu turut termasuk sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang sedang berlangsung.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 35 warga asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 35 pendatang asing warga Filipina di perairan Kudat, petang semalam.
TM akan percepatkan penggunaan teknologi AI tahun ini - Pengerusi
Telekom Malaysia Bhd (TM) sedang berhasrat untuk mempercepatkan lagi usaha dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) tahun ini.
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda bagi penuhi keperluan REE negara
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda dalam usaha memenuhi keperluan pembangunan kerangka model perniagaan unsur nadir bumi (REE) negara.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi jejaki prestasi serantau
Ia seiring dengan pengukuhan niaga hadapan getah Shanghai berikutan sentimen dirangsang oleh data ekonomi China yang menggalakkan.
Bahan letupan ditemui di kediaman jutawan George Soros
Kediaman jutawan kewangan terkemuka dunia, George Soros gempar apabila satu bahan letupan ditemui di peti surat di rumahnya di New York.
George Soros donated money to campaign for a rerun of Britain's EU referendum
George Soros contributed 400,000 pounds through his foundations to a campaign group which is seeking to halt Brexit.
Pasukan petugas pantau gerakan revolusi warna ditubuhkan - TPM Zahid
Pasukan petugas itu terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.
NGO Empower disyaki terima dana tajaan George Soros
Pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) di Petaling Jaya yang diserbu semalam disyaki menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh George Soros.
Pembiayaan dana asing dibimbangi mempunyai agenda tersendiri - Shahrir Samad
Shahrir berkata dana berkenaan termasuklah daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan George Soros.
Percanggahan kata-kata Dr Mahathir tentang Soros memalukan - Salleh
Beliau berkata bekas perdana menteri itu menyalahkan Soros ketika ekonomi Malaysia merudum tetapi hari ini, Dr Mahathir menyatakan perkara yang sebaliknya daripada apa yang pernah beliau perkatakan.
Dakwaan dibiaya Soros: Gerakan Baju Merah tuntut Malaysiakini ditutup
Kira-kira 100 ahli kumpulan Gerakan Baju Merah elakukan bantahan terhadap agensi berita Malaysiakini kerana menerima dana dari George Soros.
Polis siasat dakwaan portal berita ditaja dana asing - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan khas itu diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Zainuddin Ahmad.
'Kerajaan akan siasat dakwaan Soros biaya Bersih' - TPM Zahid
Maklumat yang mendakwa hartawan George Soros membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini perlu disiasat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.