Kerajaan komited dalam usaha memastikan golongan pencari kerja tempatan termasuk para graduan terus diutamakan untuk diserap ke dalam sektor pekerjaan negara mengikut bidang yang bersesuaian dengan kelayakan masing-masing.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata setiap peluang pekerjaan yang wujud serta ditawarkan oleh majikan wajib mengutamakan calon pencari kerja tempatan terlebih dahulu khususnya mengambil kira keadaan mencabar susulan wabak COVID-19.
"Dalam merealisasikan usaha itu, kerajaan bersetuju mewajibkan majikan agar mengiklankan semua kekosongan jawatan ditawarkan di Portal JobsMalaysia dalam tempoh tidak kurang 30 hari sebelum mereka bercadang mengambil pekerja asing dan pegawai dagang.
"Ia bertujuan supaya jabatan atau agensi di bawah kementerian mempunyai ruang masa mencukupi untuk melaksanakan proses pemadanan kerja serta dapat mengutamakan kepada calon pencari kerja tempatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Saravanan berkata dalam masa yang sama, calon-calon pencari kerja tempatan di negara ini adalah digalakkan untuk mendaftarkan diri mereka di dalam portal MYFutureJobs.
Katanya bagi agensi pencari kerja swasta termasuk yang mengurus dan memberi kebenaran untuk pengambilan pekerja asing serta pegawai dagang pula, mereka diingatkan agar memantau untuk memastikan majikan mengambil tindakan sewajarnya seperti peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Beliau berkata majikan diwajibkan mematuhi elemen 'Foreign Workers First Out (FWFO) selaras peruntukan Seksyen 60N Akta Kerja 1955 dan 'Code of Conduct for Industrial Harmony' agar aspek berkaitan pemberhentian perkhidmatan pekerja asing ditamatkan terlebih dahulu bagi kelangsungan pekerja tempatan.
Saravanan berkata syarikat yang ingin mengecilkan saiz perniagaan dengan mengurangkan pekerja tempatan dan asing, diwajib melaporkan perkara itu kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) menerusi borang pemberhentian kerja sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tindakan diambil.
Beliau berkata arahan itu selaras mengikut Seksyen 63 Akta Kerja 1955 selain membolehkan pihak JTK dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membuat perancangan sewajarnya dalam membantu penempatan semula pekerjaan bagi mereka yang terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 08 2020
Saravanan berkata setiap peluang pekerjaan yang wujud serta ditawarkan oleh majikan wajib mengutamakan calon pencari kerja tempatan terlebih dahulu. - Bernama
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.