Malaysia, China dan Australia hari ini mengumumkan penggantungan proses pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
"Penggantungan itu akan berkuatkuasa selepas proses pencarian di kawasan seluas 120,000 km persegi yang sedang berjalan sekarang selesai," katanya pada pada sidang media bersama di sini selepas mesyuarat khas tiga pihak, Malaysia, China dan Australia.
Hadir sama pada sidang media tersebut Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia, Darren Chester serta Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang.
Menurut Datuk Seri Liow, ketiga-tiga negara bersepakat, ia tidak akan mengabaikan usaha bagi mencari pesawat berkenaan.
"Menteri-menteri bersetuju jika pesawat tersebut (MH370) tidak dijumpai di kawasan pencarian, selain tiada bukti baharu yang memberi petunjuk pada penemuan pesawat tersebut, pencarian tidak akan dihentikan sebaliknya dihentikan sementara," katanya lagi.
Menurut Liow lagi, keadaan cuaca yang buruk yang disebabkan oleh musim sejuk telah menjejaskan operasi pencarian.
Jun lalu, berlangsungnya mesyuarat khas tiga pihak mengenai MH370 bagi membincangkan tindakan seterusnya bagi pencarian pesawat MH370 Malaysia Airlines yang hilang.
Mesyuarat tersebut mengkaji secara terperinci isu-isu penting yang lain termasuk penemuan beberapa serpihan baru-baru ini dan input daripada pakar-pakar penerbangan.
Mesyuarat melibatkan pegawai peringkat tinggi dari Australia, China dan Malaysia membincangkan dalam agenda mesyuarat tersebut ialah mengenai
Hala tuju masa depan operasi pencarian MH370 menjadi agenda utama dalam mesyuarat melibatkan pegawai peringkat tinggi dari Australia, China dan Malaysia.
Malaysia diwakili Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.
Sementara itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang mengetuai usaha pencarian di Lautan Hindi, juga selesai menjalankan pencarian di kawasan seluas 107,000 kilometer persegi pada Jun lalu dan terpaksa ditunda sehingga Oktober kerana cuaca buruk.
Pesawat MH370 hilang dari radar pada 8 Mac 2014 sewaktu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, dan membawa sejumlah 239 penumpang dan anak kapal.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Jul 22 2016
Ketiga-tiga negara bersepakat, ia tidak akan mengabaikan usaha bagi mencari pesawat berkenaan. - Foto Bernama
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Pencarian MH370 digantung selepas pencarian di 120,000 km persegi selesai
Malaysia, China dan Australia hari ini mengumumkan penggantungan proses pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.