awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran bahan kimia: 34 buah sekolah lagi diarah tutup

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/03/2019
08:46 MYT
Pencemaran bahan kimia: 34 buah sekolah lagi diarah tutup
Pengumuman terbaharu ini menjadikan jumlah sekolah yang diarah tutup meingkat kepada 45 buah sekolah selepas semalam 11 buah sekolah yang berada dalam radius 3 kilometer juga ditutup serta-merta.
SEBANYAK 34 buah sekolah lagi di sekitar Pasir Gudang diarah tutup serta-merta susulan daripada pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim yang kini berada pada tahap yang semakin kritikal, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik. Pengumuman terbaharu ini menjadikan jumlah sekolah yang diarah tutup meingkat kepada 45 buah sekolah selepas semalam 11 buah sekolah yang berada dalam radius 3 kilometer juga ditutup serta-merta. Menurut Dr Maszlee, guru-guru juga tidak perlu bertugas kerana keadaan semasa yang masih berbahaya. “Saya ingin menegaskan, sejak dari awal kes ini berlaku pada 7 Mac lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bekerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan Pendidikan Malaysia dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk memastikan keselamatan murid, guru dan pekerja sekolah menjadi keutamaan “KPM memandang serius isu ini memandangkan ia melibatkan risiko nyawa kepada murid, guru, dan pekerja sekolah dan KPM menggesa penjenayah yang melakukan kesalahan berat ini dibawa ke muka pengadilan dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan selepas membuat tinjauan di kawasan terbabit pada Rabu.
Topic Berkaitan
#bencana
#Bencana Kim Kim
#Kementerian Pendidikan
#kimia
#Mazlee Malik
#methana
#Pasir Gudang
#pencemaran kimia
#Pray4PasirGudang
#sekolah
#Sungai Kim Kim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan