NATIONAL
Pencemaran bahan kimia: "Saya sedih, terharu dan geram" - Maszlee Malik

Dr Maszlee menolak katil salah seorang mangsa yang menerima rawatan di di Hospital Sultan Ismail sewaktu tinjauannya hari ini. - Foto Astro AWANI
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik melahirkan rasa sedih, terharu dan geram susulan isu pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim Pasir Gudang pada Khamis lepas yang menyebakan ramai yang sesak nafas dan dikejarkan ke hospital.
Katanya, 308 mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) setakat 4 petang tadi.
“Saya sedih terharu dan geram. Sedih kerana melihat anak-anak saya dan guru, para pekerja sekolah merupakan ahli keluarga Kementerian Pendidikan menerima bencana yang tidak boleh diterima.
“Keselamatan untuk anak murid, pekerja dan guru sekolah harus diberi keutamaan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke HIS, di sini, petang tadi.

Jelas Maszlee, keselamatan pelajar sekolah termasuk guru dan kakitangan perlu diberi keutamaan. - Foto Astro AWANI
Sementara, 42 orang iaitu 35 pelajar dan tujuh orang awam pula menerima rawatan di HSA.
Katanya lima mangsa kini berada di Zon Kritikal, 19 orang di Zon Kuning dan di Zon Hijau seramai 18 mangsa.

Keselamatan untuk anak murid, pekerja dan guru sekolah harus diberi keutamaan kata Maszlee. - Foto Astro AWANI
Pihaknya juga berharap pihak yang bertanggungjawab terbabit akan dihadapkan ke muka pengadilan.
Ditanya keperluan menutup sekolah-sekolah berdekatan lokasi kejadian, Dr Maszlee memberitahu, pihaknya akan mendengar saranan daripada pelbagai pihak dalam satu taklimat yang akan diadakan kelak sebelum membuat sebarang keputusan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami