awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran bau: Empat LRA di Selangor beroperasi sepenuhnya

Bernama
Bernama
12/02/2023
04:46 MYT
Pencemaran bau: Empat LRA di Selangor beroperasi sepenuhnya
Bekalan air terawat yang bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula pada 6.30 pagi, 12 Februari (Ahad). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan empat Loji Rawatan Air (LRA) yang dihenti tugas sementara sejak malam tadi berikutan insiden pencemaran bau di Muka Sauk LRA Rantau Panjang telah beroperasi sepenuhnya pagi ini.
Menurut Air Selangor dalam kenyataan hari ini, empat loji tersebut ialah LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), LRA Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3).
"Bekalan air terawat yang bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula pada 6.30 pagi, 12 Februari (Ahad).
"Pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di https://hentitugas.airselangor.com/ serta menerusi aplikasi Air Selangor," menurut syarikat itu.
Pengendali air terbesar di Malaysia itu berkata tempoh pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak, lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.
Air Selangor berkata ia akan terus giat menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan yang terlibat bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.
Pengguna boleh merujuk saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#pencemaran bau
#LRA
#bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan