Skip to main content

Malaysia

Pencemaran bau: Loji Rawatan Air Rantau Panjang henti tugas

41601946670_TBLojiAir.jpg
KUALA LUMPUR:Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang di Bestari Jaya telah dihentikan tugas sekitar pukul 12.20 hingga 12.40 tengah hari Selasa.

Penutupan itu susulan terdapat laporan pencemaran bau seakan-akan solvent telah dikesan di Sungai Selangor.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataan memaklumkan bau berkenaan telah dikesan sekitar 8 ton di LRA Rantau Panjang.

“Berdasarkan pemantauan LUAS setakat pukul 6 pagi tadi rekod bacaan terakhir masih 0 TON.

“LUAS, AIR Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata LUAS lagi

Astro AWANI akan membawakan perkembangan masalah pencemaran air ini dari semasa ke semasa.

Advertisement

Must Watch Video