Empat lembaga pengarah dan seorang pekerja bengkel membaiki jentera berat didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini atas dua pertuduhan membuang bahan buangan berbahaya ke dalam Sungai Gong, Rawang sehingga mengakibatkan pencemaran.
Kesemua tertuduh termasuk empat beradik Yip Kok Kuin, 50 tahun, Yip Kok Wai, 52 tahun, Yip Kok Mun, 58 tahun, dan Yip Kok Weng, 60 tahun, serta pekerja mereka, Ho Voon Leong, 59 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.
Bagi pertuduhan pertama mereka didakwa dengan niat bersama telah melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan yang mengandungi bahan berbahaya dari bengkel Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd dilupuskan ke dalam alur air yang mana akan mengalir ke dalam Sungai Gong, dengan mengetahui bahawa ia mungkin akan menyebabkan susut bekalan air bagi maksud minuman manusia.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 30 tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan kedua pula, mereka didakwa dengan niat bersama melepaskan sisa buangan yang mengandungi bahan berbahaya dari bengkel yang sama ke dalam alur air yang mana akan mengalur ke dalam Sungai Gong, Rawang tanpa lesen.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 25 (1) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Akta 127) yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25(3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di premis bengkel itu di alamat Lot 4219, Jalan Batu Arang, Kg. Sungai Dua, Rawang, antara 2 September dan 3 September lalu.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Iskandar Ahmad yahg dibantu oleh Mohd Izhanudin Alias dan Arunjothi tidak menawarkan jamin memandangkan kes itu di bawah kesalahan tidak boleh dijamin.
Namun demikian, kata beliau, sekiranya mahkamah mahu membenarkan jaminan ke atas tertuduh-tertuduh itu, beliau mencadangkan wang jaminan RM2 juta setiap seorang.
Sementara peguam Datuk M Reza Hassan yang dibantu oleh Abdul Rashid Ismail, Siti Nurani Zahidi dan Farhan Kamaruddin yang mewakili kesemua tertuduh memohon jumlah itu dikurangan kepada RM100,000 dengan seorang pejamin bagi setiap tertuduh.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Syafeera tidak menawarkan jaminan bagi kesemua lima tertuduh dan kemudian menetapkan 27 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
Ekoran pencemaran minyak dari kilang itu pada minggu lalu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Ia mengakibatkan kira-kira enam juta penduduk terjejas.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kilang membaiki jentera berat itu pernah dikompaun RM60,000 pada Mac lalu atas kesalahan mencemarkan punca air, iaitu pada kali pertama tindakan diambil ke atas mereka.
Katanya, pada ketika itu Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak memiliki bukti yang cukup kuat untuk memaksa premis berkenaan menghentikan operasi.
Namun siasatan pada kali yang dilakukan secara manual, termasuk berjalan sejauh 20 kilometer menyusuri aliran sungai untuk menghidu kesan pencemaran berjaya menemui bukti kukuh bagi kesalahan itu.
Umavathi Ramayah
Tue Sep 15 2020
Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini. Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.