NATIONAL
Pencemaran Sungai Kim Kim: Polis dapat petunjuk dalang pembuangan bahan kimia

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika sidang media selepas mengadakan lawatan ke pusat rawatan awal mangsa sisa bahan kimia Sungai Kim Kim di Medic Base, Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang hari ini. - Foto Bernama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mendapat petunjuk bagi mengesan suspek pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang dan operasi memburu serta menjejaki suspek sedang giat dijalankan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata sembilan lokasi sekatan jalan raya sedang dilakukan membabitkan tiga platun.
Selain itu lori yang berkaitan juga tidak dibenarkan memasuki kawasan tertentu bagi mengelakkan pencemaran berulang.
"Polis perlukan petunjuk. Kita jelas siapa yg terlibat dan sebagainya dan kita ada petunjuk yang jelas tentang perkara ini.
“Operasi memburu dan menjejak suspek berkaitan kini sedang rancak kita laksanakan pada ketika ini,” katanya ketika meninjau siap siaga PDRM sebagai salah satu agensi terlibat dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor di sini hari ini.
Disamping itu pihak polis turut mengambil tindakan membuat rondaan di rumah kediaman yang ditinggalkan susulan pencemaran kimia.
Katanya kawasan rumah yang terlibat dalam rondaan unit MPV dan URB itu adalah di dalam radius 1.5 kilometer dari Sungai Kim Kim.
Langkah itu bagi menjaga harta benda dan keselamatan rumah yang ditinggalkan penghuni dari sebarang jenayah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami