awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran Sungai Kim Kim tidak jejaskan keyakinan pelancong ke Johor

Bernama
Bernama
05/04/2019
21:23 MYT
Pencemaran Sungai Kim Kim tidak jejaskan keyakinan pelancong ke Johor
Johor Bahru menjadi pintu masuk penting ke negeri Johor terutamanya bagi pelancong Singapura. - Wikimedia
Pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim pada bulan lepas di Pasir Gudang, dekat sini, tidak menjejaskan keyakinan pelancong untuk ke Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri Liow Cai Tung berkata setakat ini, pihaknya tidak mendapat sebarang aduan mengenai kebimbangan pelancong untuk datang ke Johor disebabkan pencemaran di sungai berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada pencemaran alam sekitar itu ada mendatangkan kebimbangan pelancong sekali gus menjejaskan bilangan mereka untuk melawat negeri itu terutamanya menjelang Tahun Melawat Johor 2020.
"Kita menyasarkan seramai 16.6 juta pengunjung akan datang ke Johor sepanjang tahun ini, yang mana lapan juta daripadanya menetap di Johor sekurang-kurangnya satu malam," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) Johor 2019 di Tampoi, di sini pada Jumaat.
Pada tahun lepas, seramai 15.84 juta pengunjung melawat Johor berbanding 14.44 juta pelancong pada tahun 2017.
Memandangkan tahun hadapan juga merupakan penganjuran Sukan Malaysia di negeri ini, pihaknya juga yakin bilangan pengunjung ke Johor akan meningkat lagi, kata Liow.
Pembersihan sisa toksik sepanjang 1.5 km yang dikenal pasti di Sungai Kim Kim telah berjaya diselesaikan pada 17 Mac lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu pencemaran
#Johor
#Liow Cai Tung
#pelancong
#pelancongan
#Sungai Kim Kim
#tarikan percutian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan