awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serigala terlepas dari kandang di zoo Tokyo, pengunjung diminta berlindung
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Malik Streams
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran sungai: Pengarah syarikat, anak direman tujuh hari

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
22/10/2020
02:23 MYT
Pencemaran sungai: Pengarah syarikat, anak direman tujuh hari
Lapan lelaki termasuk seorang pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini berhubung pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Seorang pengarah syarikat dan anaknya direman tujuh hari bermula hari ini hingga 28 Oktober bagi membantu siasatan kes pencemaran air Sungai Gong, Rawang.
Enam lagi yang turut direman ialah pekerja premis iaitu dua warga tempatan dan empat lelaki warga asing dari Nepal, Pakistan dan Myanmar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata permohonan reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Selayang Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.
Katanya, kesemua suspek diwakili oleh dua peguam.
Terdahulu, Air Selangor mengesan bau kurang menyenangkan pada sumber air mentah di Sungai Selangor.
Ekoran itu Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas apabila kadar bau dikesan pada paras 3 TON.
Hasil siasatan awal mendapati bau yang dikesan berakhir di alur air Sungai Gong, Rawang yang disyaki bermula dari sebuah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan.
Sehubungan itu, polis menahan lelaki berumur 62 tahun serta anaknya 31 tahun iaitu pengarah syarikat di Rawang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Myanmar
#Pakistan
#Nepal
#Selayang
#polis
#Mahkamah Majistret
#loji rawatan air
#siasatan
#pencemaran Air Sungai Gong
#Datuk Fadzil Ahmat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan