GUA MUSANG: Ribuan bangkai ikan air tawar ditemui di permukaan Sungai Ketil dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, Gua Musang, Kelantan sejak tiga minggu lalu.
Namun, sejak tiga hari lalu pula, kejadian kematian ikan sekali lagi berlaku secara misteri dipercayai disebabkan aktiviti pencemaran di kawasan hulu sungai.
Situasi itu mencetuskan kebimbangan penduduk tempatan kerana Sungai Ketil sebelum ini merupakan lubuk ikan kelah dan menjadi kawasan rekreasi utama untuk seisi keluarga di daerah Gua Musang.
Penduduk Taman Wangi, Wan Edi Wan Abdullah mendakwa pencemaran sungai itu berlaku berulang kali akibat pelepasan sisa buangan yang dilakukan oleh pengusaha kilang di Kawasan Perindustrian Gua Musang.
"Tidak diketahui punca dan kita hendak tahu punca. Kalau boleh tidak mahu jadi benda begini. Kalau boleh kita berkolaborasi dengan kilang untuk menjaga sungai kita.
"Sebab kebanyakan kilang berada di hulu sungai. Kita hendak minta dicantikkan sungai di sini. Boleh jadi sebagai tempat riadah yang terkenal di Kelantan," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Rukun Tetangga (KRT) Taman Wangi, Rizal Ghazali menjelaskan, tidak mengetahui punca pencemaran yang menyebabkan khazanah sungai terbiar.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim yang turut meninjau kawasan rekreasi itu, berharap pihak berwajib terutamanya Jabatan Alam Sekitar (JAS) segera bertindak menyiasat perkara berkenaan/
"Pencemaran ini pernah berlaku berulang kali di kawasan ini kerana sungai ini di atas kawasan perindustrian. Pada tahun 2019 berlaku pencemaran yang mendadak sehinggakan beberapa kilang ditutup.
"Justeru kita tidak mahu perkara sama berulang. Saya mengharapkan agar pihak berwajib mengambil tindakan segera kerana tempat ini telah digazetkan sebagai tempat riadah dan rekreasi baru-baru ini," ujarnya.
Tambahnya, ketika ini kelengkapan kemudahan untuk orang awam giat dilakukan oleh Majlis Daerah Gua Musang termasuklah pembinaan dataran, kiosk jualan, naik taraf tangga dan kemudahan lain untuk orang awam.
Muhafandi Muhamad
Sun Feb 28 2021

Situasi itu mencetuskan kebimbangan penduduk tempatan kerana Sungai Ketil sebelum ini merupakan lubuk ikan kelah dan menjadi kawasan rekreasi utama untuk seisi keluarga di daerah Gua Musang. - Astro AWANI

Undur dari Afghanistan: Tiba masanya tamat perang paling panjang - Biden
Pengunduran ini, secara signifikannya, dibuat pada tanggal ulang tahun ke-20 serangan pengganas pada 11 September 2001.

COVID-19: Denmark henti penggunaan vaksin Oxford-AstraZeneca
Pengarah Badan Kesihatan Denmark bagaimanapun tidak menolak untuk kembali menggunakan semula vaksin AstraZeneca di masa depan.

COVID-19: Sistem kesihatan di Chile kini kritikal, petugas kesihatan akui terbeban
Pekerja kesihatan ketika ini sedang berjuang menangani sejumlah besar pesakit di hospital dan 30 peratus kakitangan hospital tidak dapat bertugas kerana masalah kesihatan.

AWANI Ringkas: Pengunjung bazar Ramadan diingat patuh SOP | PAGE desak sistem pendidikan negara dirombak

Skuad Harimau Malaya divaksin bermula Isnin depan
78 individu terdiri daripada pemain dan pegawai termasuk Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, dijangka menerima suntikan dos pertama di Dewan Seri Seroja di Putrajaya.

Kedai perabot di Semanggol musnah terbakar
Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian.

COVID-19: Angka korban global kini lebih 2.96 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 564,000 kes.

115 kuil, tokong di Kuala Lumpur didirikan secara tidak sah
Daripada jumlah itu, sebanyak lapan kes berjaya diselesaikan dengan kuil dan tokong yang terlibat diberikan surat tawaran pendudukan secara sah, manakala selebihnya ada yang ditawarkan tapak ganti.

COVID-19: Kes positif global lebih 137.8 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.4 juta kes.

Bas terbakar dirempuh lori tangki, 20 maut
Bas yang dalam perjalanan dari Kaherah itu dilaporkan terbalik ketika cuba memotong sebuah lori sebelum dilanggar sebuah trak.

Ghazali 'MacGyver' pakar cipta mesin, paramotor
Ghazali Johari masih meneruskan hobinya mencipta mesin untuk kegunaan pertanian dan menghasilkan paramotor untuk peminatsukan esktrim.

Penduduk dakwa pencemaran di Sungai Kulim mungkin punca ikan mati
Menurut penduduk, tiada kegiatan penerokaan tanah dalam skala besar atau hakisan yang dikesan sepanjang sungai tersebut.

Ikan mati di Sungai Kulim: Kawal aktiviti pembukaan tanah dan hakisan
Pihak berwajib perlu mengawal aktiviti pembukaan tanah dan hakisan susulan kejadian kematian ikan di Sungai Kulim.

Pencemaran Sungai: Ribuan bangkai ikan ditemui terapung di Sungai Ketil
Kejadian kematian ikan sekali lagi berlaku secara misteri dipercayai disebabkan aktiviti pencemaran di kawasan hulu sungai.

Kilang makanan dikompaun cemarkan sungai, akibat ribuan ikan mati
Kilang terbabit melepaskan sisa buangan berwarna putih hasil daripada proses pembuatan serta aktiviti cucian menyebabkan Sungai Perai tercemar.

Pencemaran sungai: Pemilik kolam ternakan keli dikompaun RM12,000
Pencemaran itu menyebabkan air sungai berkenaan berbau busuk hingga boleh dihidu di Pekan Masjid Tanah.

Aktiviti kilang sawit dipercayai antara punca ribuan ikan mati di Sungai Tumboh - JAS Perak
Tiga potensi itu dikenal pasti berdasarkan input daripada pengadu yang kemudian disusuli dengan siasatan oleh pegawai JAS Perak.

JAS siasat kejadian ribuan ikan mati di Kampung Gajah
Siasatan awal mendapati lokasi berkenaan terletak jauh dari kawasan perindustrian yang memungkinkan berlakunya pencemaran air.

Pencemaran: MPOB arah kilang sawit di Kluang henti operasi
Pihak JAS Johor bertindak menggantung lesen operasi kilang sawit tersebut mulai 3 Jun hingga 2 Julai, 2020 atau sehingga jabatan berkenaan berpuas hati dengan tindakan rawatan sisa itu.

Ribuan ikan mati di sungai Masjid Tanah, penduduk rimas bau busuk
Bau yang kurang menyenangkan itu dapat dihidu sehingga jarak 50 meter dari kawasan tebing sungai.