awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran terkini Sungai Kim Kim berpunca daripada loji kumbahan terbiar

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2021
15:19 MYT
Pencemaran terkini Sungai Kim Kim berpunca daripada loji kumbahan terbiar
Zaini Ujang berkata, apabila hujan, tompokan enap tercemar itu akan melimpah keluar ke kawasan paya berhampiran sebelum mengalir masuk ke sungai Kim Kim. - Gambar/ Facebook @Zaini Ujang
JOHOR BAHRU: Pencemaran Sungai Kim Kim yang airnya bertukar warna kepada hitam serta mengeluarkan bau busuk dalam kejadian baru-baru ini berpunca daripada sebuah loji loji kumbahan terbiar yang terletak di Taman Cendana, Pasir Gudang.
Memetik laporan Berita Harian, perkara itu didedahkan Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang.
Menurut laporan itu, beliau menyusur sungai berkenaan bagi mengesan punca air sungai bertukar kehitaman dan berbau busuk.
"Saya bersama beberapa pegawai menyusur denai Sungai Kim Kim sejauh tiga kilometer sebelum menemui sebuah loji kumbahan terbiar di kawasan lembah Taman Cendana.
"Siasatan lanjut dilakukan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan sumber yang menyebabkan air Sungai Kim Kim hitam, dikenal pasti sebagai tompokan enap cemar kumbahan yang baharu," katanya di sini pada Sabtu.
Terdahulu, beliau bersama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad menyertai gotong-royong Sayangi Sungai Kim Kim bersempena sambutan Hari Air Sedunia, di Jalan Keluli 10, di Pasir Gudang, membabitkan 440 peserta terdiri daripada agensi kerajaan, pelajar universiti serta pertumbuhan bukan kerajaan (NGO).
Mengulas lanjut, Zaini memberitahu, apabila hujan, tompokan enap tercemar itu akan melimpah keluar ke kawasan paya berhampiran sebelum mengalir masuk ke sungai tersebut sehingga membuatkan air itu bertukar warna serta mengeluarkan bau busuk.
Beliau memberitahu, pihaknya sedang berusaha untuk menyegerakan proses naik taraf sistem pembentungan secara menyeluruh.
Justeru katanya, KASA akan mengambil alih loji kumbahan terbiar itu bagi memastikan limpahan air itu tidak lagi mencemari sungai terbabit mahupun mana-mana sungai berhampiran.
Akhbar sebelum ini melaporkan Sungai Kim Kim pernah mengalami pencemaran teruk akibat pelepasan sisa toksik sehingga menarik perhatian semua pihak.
Topic Berkaitan
#Sungai Kim Kim
#pencemaran sungai
#pembentungan
#loji kumbahan
#tompokan minyak
#Kementerian Alam Sekitar dan Air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan