MELAKA: Kesedihan Nurulasikin Ismail, 46, yang kehilangan suami, Saifulnizam Razak secara mengejut pada awal Ramadan sedikit terubat apabila dimaklumkan menerima pencen penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Nurulasikin berkata suaminya meninggal dunia akibat penyakit asma dan dia tidak mengetahui bahawa arwah suaminya yang bekerja sendiri mengambil upah mengecat rumah dan membersihkan inap desa merupakan pencarum Perkeso.
"Pada mulanya saya tidak tahu suami ada mencarum Perkeso tetapi ibu mentua saya buat semakan dan kami cuba buat permohonan, Alhamdulillah berjaya dan proses lancar dan mudah.
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah kerana dua lagi anak berusia 19 dan 20 tahun telah bekerja bagi ringankan beban keluarga," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Nurulasikin ditemui selepas Program Penyampaian Faedah Skuad Perkeso Prihatin di rumahnya di Bukit Katil yang turut dihadiri Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem serta Pengarah Perkeso Melaka Abd Razak Omar.
Nurulasikin yang bekerja separuh masa di sebuah pasar raya di Ayer Keroh menerima pencen penakat sebanyak RM1,418.75 sebulan selain faedah pengurusan jenazah sebanyak RM2,000 secara sekali bayar.
Beliau berkata pencen yang diterima akan digunakan sebaik mungkin untuk membesarkan anak yang masih bersekolah dan berterima kasih atas keprihatinan Perkeso.
Sementara itu, Ngwe berkata pencen penakat yang diterima diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk pendidikan anak-anak sekali gus memberi sedikit keselesaan.
"Saya berharap individu yang bekerja sendiri dan belum mencarum Perkeso dapat segera melakukannya bagi memastikan mereka dan keluarga dilindungi sekiranya kemalangan atau sakit ketika bekerja," katanya.
Beliau berkata pekerja yang mempunyai majikan pula perlu memastikan majikan mencarum dengan Perkeso dan jika tidak aduan boleh disalurkan ke Pejabat Perkeso Melaka bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
Pekerja yang mempunyai majikan pula perlu memastikan majikan mencarum dengan Perkeso dan jika tidak aduan boleh disalurkan ke Pejabat Perkeso Melaka bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ibu tunggal lima anak terima Pencen Penakat Perkeso
Nur Aleeza diberitahu akan menerima Pencen Penakat berjumlah RM916.67 sebulan daripada Perkeso.
Perkeso bayar RM11.11 juta kepada waris pencarum meninggal dunia akibat COVID-19
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membayar faedah sebanyak RM11.11 juta kepada waris pencarum layak yang meninggal dunia akibat pandemik COVID-19, setakat ini.
Perkeso turun padang promosi Skim Pekerja Sendiri
Perkeso akan turun padang bagi mempromosi Skim Pekerja Sendiri (SPS) yang baru diwujudkan supaya lebih ramai peroleh faedah perlindungan.
328,056 penerima pencen nikmati tunggakan pelarasan baharu
Seramai 328,056 penerima pencen bakal menerima tunggakan pelarasan faedah berkala baharu yang akan dibayar mulai 26 Disember ini.