awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan

Bernama
Bernama
28/01/2024
03:45 MYT
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Adnan berkata Cuepacs berpendirian sistem persaraan yang ada pada ketika ini merupakan yang terbaik serta bersesuaian dengan kedudukan gaji penjawat awam. - Gambar fail
KUALA NERUS: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata Cuepacs berpendirian sistem persaraan yang ada pada ketika ini merupakan yang terbaik serta bersesuaian dengan kedudukan gaji penjawat awam bagi mereka meneruskan kehidupan di hari tua nanti.
"Jika kerajaan ingin membuat suatu keputusan dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) termasuk memansuhkan sistem pencen ini, kerajaan perlu meningkatkan gaji yang lebih besar supaya kami mampu untuk mencarum (dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan mampu berbelanja serta menyimpan untuk hari tua," katanya kepada pemberita pada Majlis Solidariti Cuepacs Zon Timur Bersama Presiden Cuepacs di sini malam semalam.
Adnan berkata gaji yang diterima penjawat awam kini disifatkannya "cukup-cukup makan" sehingga ada penjawat awam tidak mampu memiliki rumah sendiri dan sistem pencen sedia ada merupakan kemudahan buat mereka meneruskan kehidupan selepas persaraan.
Beliau berkata keputusan pemansuhan pemberian pencen juga dikhuatiri akan membawa "kesuraman" kepada perkhidmatan awam pada masa akan datang.
Dalam pada itu beliau sekali lagi menyeru kerajaan supaya segera menaikkan gaji penjawat awam tanpa perlu menunggu pelaksanaan SSPA yang mungkin siap penghujung tahun ini berikutan situasi kenaikan kos sara hidup dan harga barangan ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pencen penjawat awam
#cuepacs
#Kerajaan Perpaduan
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan