awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencinta haiwan terima hadiah motosikal selepas kisah tular di media sosial

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
01/06/2019
13:09 MYT
Pencinta haiwan terima hadiah motosikal selepas kisah tular di media sosial
Ann (tengah) menerima hadiah motosikal daripada syarikat Modenas. -Facebook Azman Ali
BUAT baik dibalas baik.
Kebaikan seorang pemuda yang sanggup melakukan dua kerja demi mencari nafkah bagi memberi makan kepada haiwan jalanan akhirnya dibalas dengan pemberian sebuah motosikal percuma.
Pemuda yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang itu menerima hadiah tersebut daripada syarikat motosikal kebangsaan, Modenas.
Kisah pemuda itu yang melakukan dua kerja sebagai pekerja pembersihan juga penjaga parkir hanya untuk berkongsi rezeki dengan haiwan jalanan sebelum ini tular.
Anfalazie Anuar, 30, mencuri perhatian netizen apabila membelanjakan upah berjumlah RM30 hasil menjaga parkir semata-mata untuk memberi makan kucing dan anjing jalanan sekitar Butterworth.
Lebih mesra dengan panggilan Ann, kisahnya menjadi tular apabila rakannya Azman Ali berkongsi cerita itu di laman Facebook.
Di dalam muat naik itu juga, Azman berkongsi cerita mengenai kesukaran Ann untuk memberi makan kucing dan anjing jalanan selepas motosikalnya rosak dan terpaksa meminjam daripada adiknya.
Kisah keperitan dan kemuliaan hati pemuda itu juga berjaya menarik perhatian pihak Modenas sehingga syarikat itu terpanggil untuk membuat kejutan kepada Ann dengan memberikan motosikal keluaran syarikat itu secara percuma.
Kejutan tersebut juga dirakam dan dikongsi oleh Azman menerusi akaun Facebooknya.
Di dalam video tersebut, Ann kelihatan terkejut dan sebak apabila menerima sumbangan daripada pihak Modenas.
Topic Berkaitan
#Facebook
#media sosial
#modenas
#motosikal
#pemuda
#percuma
#pulau pinang
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan