Pengasas Animasi Digital dan tokoh penglipur lara animasi Malaysia Kamaruddin Ismail atau nama panggilan Kamn Ismail meninggal dunia pada usia 63 tahun.
Menurut kenyataan laman media sosial Facebook Persatuan Animasi Malaysia (Animas), arwah menghembuskan nafas terakhir pada 4.15 petang kerana serangan jantung setelah hampir dua bulan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
"Sepanjang penglibatan dalam animasi, Allahyarham merupakan tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada 90an melalui penerbitan animasi Usop Sontorian.
"Pada 1997 beliau mencipta dan menerbitkan animasi Keluang Man melalui kaedah hibrid animasi 2D dan 3D.
"Animasi beliau pernah dinobatkan sebagai Filem Animasi Terbaik FFM 2004 dan 2005 melalui animasi KUMANG Legenda Sarawak dan Animasi Legenda Kinabalu," kata kenyataan itu, pada Ahad.
Mengulas lanjut kenyataan itu berkata, pada 1 April 2018, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bersama Animas menobatkan beliau sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia pada malam anugerah kartunis dan hari kartunis 2018 di Muzium Negara.
"Animas berduka cita dan merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan handai taulan Allahyarham," ujarnya.
Afiezy Azaman
Sun Dec 08 2019

Allahyarham merupakan tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada 90an melalui penerbitan animasi 'Usop Sontorian'. - Facebook: Animas

Xiaomi bakal perkenal cip SoC 'Xring01' yang dibangunkan sendiri
Ini merupakan langkah strategik Xiaomi untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar.

Polis kesan lelaki bawa anjing ke restoran halal di Segamat
Siasatan awal mendapati insiden terbabit berlaku pada 11 Mei lalu kira-kira jam 12 tengah hari di sebuah restoran nasi kandar di Segamat Baru.

Nahas FRU: Masih tiada pihak bayar jaminan, pemandu lori kekal di lokap - Polis
Masih tiada pihak tampil membayar jaminan untuk pemandu lori yang didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU.

MCMC berhak panggil individu jalankan siasatan sekiranya ada aduan - Teo Nie Ching
Teo Nie Ching menjelaskan bahawa siasatan akan dijalankan dan diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut jika perlu.
Moody’s turunkan penarafan kredit AS
Agensi Penarafan Antarabangsa Moody’s menurunkan penarafan kredit Amerika Syarikat sebanyak satu tahap pada Jumaat.
AS didakwa rancang pindahkan penduduk Gaza ke Libya
AS didakwa rancang pindahkan penduduk Gaza ke Libya
10 banduan larikan diri dari penjara New Orleans
10 banduan larikan diri dari penjara New Orleans
Brazil lapor kes pertama selsema burung di sebuah ladang ternakan komersial
berkuasa Brazil kini meningkatkan langkah kawalan selepas negara itu mengesahkan wabak selesema burung pertama pada Jumaat.

Pelajar tahfiz cemerlang diberi biasiswa lanjut pelajaran di UniKL, UPTM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid memberi jaminan bahawa pelajar tahfiz cemerlang dalam peperiksaan SPM akan menerima tajaan biasiswa jika melanjutkan pelajaran di UniKL dan UPTM.
PKR fokus perkukuh jentera, sasar kerusi Parlimen lebih banyak - Nik Nazmi
Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) memerlukan barisan kepimpinan terbaik serta strategi realistik untuk memperkukuh jentera pilihan raya.

Pencipta watak 'Keluang Man' dan 'Usop Sontorian' meninggal dunia
Allahyarham merupakan tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada 90an melalui penerbitan animasi Usop Sontorian.