Sesiapa yang mendaftar awal akan didahulukan untuk menunaikan haji.

Berikut penjelasan pengarah urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail ketika ditanya mengenai pemilihan calon bakal haji.

Ujarnya, Tabung Haji mengamalkan pendaftaran terbuka serta mengikut tarikh pendaftaran haji yang dilakukan pendeposit.

Tambahnya, pihak tabung haji menerima lebih kurang 60,000 rayuan setiap kali menjelang musim haji.

Jelasnya, rayuan akan dipertimbangkan jika ada kekosongan selepas jemaah haji tersenarai menolak tawaran.

Namun kata Ismee, rayuan diutamakan kepada yang berumur 75 tahun dan ke atas dengan syarat mereka lulus pemeriksaan kesihatan.

Selain itu, rayuan juga dibenarkan kepada mahram bakal haji wanita atau bakal haji berumur 80 tahun ke atas.

Pada masa yang sama, tabung haji tidak membenarkan pendaftaran haji kepada jemaah yang baru menunaikan haji dalam tempoh lima 5 tahun.