Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Korbu Ahad lalu, ditemui dalam keadaan selamat oleh Orang Asli yang mencari bahan perubatan tradisional di Sungai Gajah, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, Tee Kong Tiong, 68, ditemui tersasar lima kilometer dari laluan sebenar jam 2.30 petang.
Ujarnya, mangsa kemudian dibawa ke klinik kesihatan berhampiran untuk menjalani pemeriksaan sebelum polis merekodkan keterangannya.
Terdahulu media melaporkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan mangsa dijalankan pagi ini oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh diketuai Komander Operasi, Saiful Habtur Rahman Shakirin.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pukul 10.24 malam tadi.
Menurut kenyataan tersebut, Tee bersama rakannya yang berusia 42 tahun mendaki gunung berkenaan pada Jumaat lalu dan mereka bermalam di Kem Seroja yang terletak pada ketinggian 800 meter.
Bagaimanapun, mangsa dipercayai hilang pada sebelah petang Ahad dalam perjalanan turun.
Dia turut menasihatkan mereka yang menjalankan aktiviti riadah serta mendaki untuk sentiasa mendapatkan permit dari Renjer Perhutanan dan melaporkan kepada balai polis berhampiran bagi makluman jika berlaku sebarang permasalahan.
Astro Awani
Tue Aug 04 2020
Mangsa ditemui lima kilometer dari laluan sebenar yang sepatutnya dilalui. -JBPM
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Bomba bantu selamatkan pendaki Gunung Korbu sesak nafas
Wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu dikatakan mengalami alahan asma dan memerlukan rawatan segera.
Pendaki sesat di Gunung Korbu ditemui Orang Asli
Mangsa Tee Kong Tiong, 68, ditemui lima kilometer dari laluan sebenar yang sepatutnya dilalui.
Warga emas terjatuh Gunung Korbu disahkan meninggal dunia
Warga emas yang pengsan selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Korbu, Hulu Kinta dekat sini pada Ahad, disahkan meninggal dunia hari ini.