KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan akan mengemukakan bantahan terhadap permohonan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan semula pasportnya bagi membolehkan beliau bercuti bersama ahli keluarganya dan menjalani pemeriksaan jantung di luar negara.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Asma Ahmad memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menerima notis permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasport pada 17 Okt lepas dan memerlukan masa untuk memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan itu.
"Pihak kami akan membantah pada permohonan ini. Oleh itu, kami mohon satu tarikh dalam tempoh dua minggu untuk memfailkan afidavit jawapan," katanya ketika sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi hari ini.
Muhyiddin, 76, selaku pemohon tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana kehadirannya dikecualikan oleh mahkamah.
Peguam Datuk K. Kumaraendran, yang mewakili Pengerusi Perikatan Nasional itu, berkata pihaknya memerlukan masa untuk memfailkan afidavit balasan dan memohon supaya tarikh pendengaran bagi permohonan pelepasan pasport itu ditetapkan pada 23 Nov ini.
Azura kemudian menetapkan 23 Nov untuk mendengar permohonan itu selain memerintahkan pihak pendakwaan memfailkan afidavit jawapan pada atau sebelum 8 Nov manakala afidavit balasan pemohon difailkan sebelum 17 Nov.
"Mahkamah turut menetapkan 21 Nov bagi pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan penghujahan bertulis secara serentak sebelum tarikh pendengaran itu," katanya.
Pada 16 Okt lepas, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, memfailkan notis permohonan agar mahkamah mengubah jaminan bon yang dikenakan terhadap pemohon dengan pasport antarabangsa beliau dilepaskan tanpa syarat.
Menerusi afidavit sokongan yang difailkan bersama notis permohonan, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata beliau telah membuat perancangan bercuti bersama keluarganya di luar negara dan percutian itu penting untuk beliau meluangkan masa bersama keluarga memandangkan tahun ini merupakan tahun yang sangat tertekan bagi diri dan keluarganya.
"Adalah suatu kebiasaan saya akan membawa keluarga untuk bercuti selama sebulan pada setiap tahun. Perancangan untuk bercuti pada tahun ini adalah tidak terkecuali kerana saya ingin membawa keluarga saya ke London, United Kingdom pada akhir tahun untuk bercuti.
"Saya difahamkan daripada ejen pelancongan saya bahawa adalah sukar untuk mendapatkan tiket penerbangan serta mengaturkan perjalanan percutian untuk jumlah orang yang ramai secara sekali gus ke London terutamanya berdekatan dengan musim perayaan Krismas pada akhir tahun dan Tahun Baharu pada awal 2024," katanya menerusi afidavit sokongan itu.
Menurut Muhyiddin, beliau telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menempah tiket penerbangan bagi dirinya dan isteri terlebih dahulu sebelum ahli keluarga yang lain.
"Berdasarkan rujukan tempahan penerbangan oleh agensi pelancongan, saya akan mengambil penerbangan Emirates dari Kuala Lumpur ke Dubai pada 15 Dis 2023 dan akan singgah di Dubai hingga 21 Dis 2023. Kemudian akan bertolak ke London pada hari yang sama dan seterusnya, saya akan berada di London pada 21 Dis 2023 hingga 10 Jan 2024 dan pulang dari London ke Kuala Lumpur melalui satu penerbangan transit dari Dubai pada 11 Jan 2024," katanya.
Selain itu, Muhyiddin juga berhasrat untuk menjalani pemeriksaan jantung melalui ujian stres jantung atas treadmill di Hospital Mount Elizabeth di Singapura, yang memerlukan beliau berjalan atau berlari atas mesin berkenaan.
"Sebelum ini, saya telah menjalani ujian stres jantung tanpa treadmill ini di Mayo Clinic yang terletak di Amerika Syarikat pada beberapa tahun lepas. Saya dinasihatkan oleh doktor bahawa Hospital Mount Elizabeth di Singapura mempunyai rawatan atau peralatan diagnostik seperti mana yang saya lakukan di Mayo Clinic. Oleh itu, saya berniat untuk ke Singapura bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan saya," katanya dan menambah beliau tidak pernah gagal untuk hadir ke mahkamah dalam mana-mana sebutan kes.
Pada 2 Okt lepas, Muhyiddin memfailkan permohonan supaya beliau dilepas tanpa dibebaskan daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta berkaitan projek Jana Wibawa.
Muhyiddin berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.
Muhyiddin juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas terhadap satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.
Pada 15 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu.
Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada hari sama terhadap keputusan itu dan pendengaran rayuan ditetapkan pada 28 dan 29 Feb 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023
Pada 16 Okt lepas, Muhyiddin memfailkan notis permohonan agar mahkamah mengubah jaminan bon yang dikenakan terhadap pemohon dengan pasport antarabangsa beliau dilepaskan tanpa syarat.- Gambar fail/Bernama
Piala Dunia Kuala Lumpur cetus penanda aras baharu sepak takraw - ISTAF
Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur yang berlangsung dari 18 hingga 26 Mei mencetuskan satu penanda aras baharu.
Sekutu sokong Modi untuk penggal ketiga sebagai PM India
Sekutu pilihan raya Perdana Menteri India, Narendra Modi, telah menyokong beliau untuk memegang jawatan itu bagi penggal lima tahun lagi.
Teknologi kewangan: Pacu kecekapan anak muda demi manfaat bersama - PM
Agensi khususnya dalam industri perbankan, perlu meneruskan usaha memacu kecekapan anak muda supaya faedah transformasi digital dapat dinikmati semua peringkat.
Ancaman bom palsu: Polis selesai rakam keterangan Menteri MOTAC
Asmadi berkata, Polis Daerah Putrajaya juga telah merakam keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan.
CMCF sahut saranan tangani penyalahgunaan AI dengan pengawalseliaan
Ia selari dengan misi CMCF untuk menyokong pengawalseliaan kendiri kandungan dalam ruang digital Malaysia seperti yang digariskan dalam Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2022.
AWANI Ringkas: Polis mohon sambung reman ibu bapa Zayn
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar sambut baik perubahan pendirian AS dalam konflik Israel-Palestin
Perdana Menteri menyatakan penghargaan Malaysia terhadap tanda-tanda awal perubahan dalam pendekatan Amerika Syarikat terhadap pendudukan Israel di Palestin.
Akta Juruukur Bangunan sedang dirangka - Nik Nazmi
Kerajaan sedang merangka Akta Juruukur Bangunan bagi mengawal selia profesion dan amalan juruukur bangunan serta tadbir urus yang baik berkaitan industri pembinaan.
PKR adakan pertemuan bincang hala tuju PRK Sungai Bakap petang ini - Nik Nazmi
Kepimpinan tertinggi PKR akan mengadakan pertemuan bersama Presiden PKR petang ini bagi menentukan hala tuju dan calon untuk kerusi PRK Sungai Bakap.
Lima individu termasuk peguam direman bantu siasatan kes rasuah firma guaman
Lima termasuk dua peguam direman bagi membantu siasatan kes penawaran dan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman di Melaka.
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
Kes saman Muhyiddin Yassin terhadap Puad Zarkashi selesai secara baik
Kes saman fitnah difailkan Muhyiddin terhadap Puad Zarkashi berhubung diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
Subsidi bersasar diesel: Muhyiddin dakwa Anwar tak tahu apa perlu dilakukan
Muhyiddin berkata, ramai yang mempersoalkan kesan penarikan balik subsidi diesel ke atas kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
Pendakwaan bantah permohonan gantung prosiding, dakwa Muhyiddin cuba lengah kes
Pihak pendakwaan membantah permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggantung prosiding kes menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi di Mahkamah Sesyen.
Sudah tiba masa Muhyiddin, Hadi berundur - Zaid Ibrahim
Kekalahan di PRK KKB jadi pengajaran buat PN agar menukar pemimpin mereka yang sudah sangat tua, bukan hanya dari segi umur tetapi juga idea.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
Mahkamah benar Muhyiddin dapat sementara pasport lawat kakak di Australia
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan beliau melawat kakaknya yang menghidap kanser di Australia.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.