MALAYSIA
Pendakwaan tolak permohonan representasi kedua pengasuh Baby Syifaa

Khairunnisa ketika hadir ke mahkamah bagi mendengar prosiding keputusan representasi pada Selasa. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Pihak pendakwaan menolak permohonan representasi kedua pengasuh 'Baby Syifaa' atau Nour Rania Asyifaa Yuseri berhubung pertuduhan melakukan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi berusia 15 bulan itu di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan, tiga tahun lalu.
Ringkasan AI
- Pendakwaan menolak representasi kedua pengasuh Khairunnisa Ahmad Damanhuri yang didakwa mengabaikan Baby Syifaa sehingga menyebabkan kematian di pusat asuhan Bandar Sri Sendayan pada 2022.
- Mahkamah menetapkan perbicaraan pada 2, 9 dan 10 Mac 2026. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda maksimum RM50,000.
- Inkues sebelum ini memutuskan punca kematian Baby Syifaa adalah tekanan pada leher, berbeza dengan dakwaan awal bahawa ia akibat kain buaian. Kes ini melibatkan 28 saksi sepanjang prosiding inkues.
Beliau kemudiannya memohon mahkamah menetapkan tarikh bicara dan turut memberitahu seramai lapan hingga 10 orang saksi yang akan dipanggil.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh perbicaraan pada 2, 9 dan 10 Mac tahun hadapan serta jaminan terhadap tertuduh dilanjutkan.
Ketika prosiding tersebut, Khairunnisa Ahmad Damanhuri, 40, yang diwakili peguam S Kavittha kelihatan tenang di kandang tertuduh.
Turut hadir, peguam pemerhati keluarga Baby Syifaa, Gaithri Thomas bersama ibu bayi berkenaan iaitu Anida Idrus, 44.
Mengikut pertuduhan, Khairunnisa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri, berusia 15 bulan, telah mengabaikan mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah hari di Bandar Sri Sendayan di sini pada 22 Februari 2022.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh bicara dikekalkan seperti sebelum ini.
Media pada 31 Julai 2024 melaporkan, Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian Baby Syifaa yang ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan adalah disebabkan tekanan pada leher.
Seramai 28 saksi dipanggil memberi keterangan termasuk ibu dan bapa Baby Syifaa sepanjang prosiding inkues yang bermula pada 22 September 2022.
Pada 30 Mac 2022, bapa mangsa, Yuseri, mendakwa anaknya telah dijerut dan bukan meninggal dunia akibat kepala terjerut pada kain buaian. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami