Skip to main content

Malaysia

Pendakwah bebas disyaki seleweng dana NGO disambung reman

sprm
Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan memperoleh kebenaran menyambung reman seorang pendakwah bebas yang disyaki menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumlah kira-kira RM12.3 juta.

Perintah reman sehingga 1 Mei terhadap suspek berusia lingkungan 30-an dikeluarkan Majistret Nurul Saqinah Rosli di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.

Advertisement

Permohonan dibuat susulan tempoh reman asal suspek tamat hari ini.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Pendakwah bebas itu ditahan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana sebuah NGO untuk kepentingan peribadi.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memanggil 14 hingga 15 saksi bagi membantu siasatan kes tersebut.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video