SHAH ALAM: Pihak berkuasa agama telah mewajibkan semua pendakwah dan penceramah di Malaysia untuk mendapatkan tauliah mengajar sebelum dibenarkan untuk mengajar atau berceramah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, jika didapati pendakwah tersebut menimbulkan isu yang mengelirukan masyarakat maka mereka akan dipanggil untuk diberi peringatan.
“Seterusnya, pihak berkuasa agama boleh mengambil tindakan terhadap pendakwah tersebut dengan menarik semula tauliah mengajar sekiranya gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
“Bagaimanapun, sekiranya didapati pendakwah itu tiada tauliah mengajar, tindakan undang-undang boleh dikenakan di bawah Akta atau Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau berkata demikian susulan menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) berhubung sikap kerajaan terhadap beberapa agamawan yang sering mempertikaikan kewibawaan ulama seperti Imam Shafie, Imam Ghazali dan sebagainya.
Mengulas lanjut, Mohd Na’im menjelaskan bahawa kerajaan menyedari tentang wujud pihak yang lantang mempertikaikan kewibawaan para ulama khasnya di media sosial kerana perbezaan pandangan dan pendapat dalam sesuatu masalah furu’ (cabang).
“Kerajaan memandang serius terhadap beberapa agamawan dilihat sering mempertikaikan kewibawaan ulama muktabar yang boleh mencetuskan polemik dan menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.
“Sungguhpun Islam mengiktiraf kebebasan bersuara dan kebebasan mengemukakan pandangan tetapi ia bukanya secara mutlak. Ia perlu berlaku dalam lingkaran yang dibenarkan dengan meraikan adab dan kerangka disiplin ilmu tertentu,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar semua pendakwah berhikmah di dalam menyampaikan dakwah dan pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) telah membangunkan Garis Panduan Kod Etika Berdakwah berkaitan perbandingan agama.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 26 2024
Mohd Na'im menggesa agar semua pendakwah berhikmah di dalam menyampaikan dakwah dan pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) telah membangunkan Garis Panduan Kod Etika Berdakwah berkaitan perbandingan agama. - Gambar fail/Bernama
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Pendakwah, penceramah wajib dapat tauliah sebelum mengajar - Mohd Na’im
Pihak berkuasa agama telah mewajibkan semua pendakwah dan penceramah di Malaysia untuk mendapatkan tauliah mengajar.
Palestin: Pihak berkuasa agama negeri diseru jalankan kutipan Tabung Musa'adah
Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kutipan tersebut boleh dilakukan mulai hari ini sehingga 30 November ini.
Sedia bincang agar Sajat kekal Islam - MAPIM
Kefahaman Sajat mengenai tanggungjawab pihak berkuasa sangat perlu dijelaskan.
Pihak berkuasa agama bermuzakarah terlebih dahulu sebelum fatwakan ajaran sesat - Zulkifli
Untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, ia perlu dilakukan dengan amat berhati-hati bagi memastikan tindakan atau keputusan yang diambil kelak tidak dianggap gopoh atau kekurangan maklumat.
Penularan fahaman liberal: Zulkifli nafi Majlis Agama Islam tidak ambil tindakan
Zulkifli berkata pihaknya akan mengambil satu pendekatan yang cepat dan berhemah dalam menangani isu fahaman liberal itu.
SOP Perluasan Kapasiti bagi Solat Jumaat, berjemaah dibentang hari ini - Zulkifli
Menterinya Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata prosedur itu dijangka diumumkan dalam masa terdekat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada minggu hadapan.
Pasangan songsang, siap berpakaian muslimah dicekup di tempat gelap
Pihak berkuasa Agama Aceh menahan dua pasangan yang berkelakuan tidak senonoh di tempat gelap.
Peruntukan institusi tahfiz mengikut data murid - Jakim
Jumlah peruntukan kepada institusi pengajian tahfiz adalah berbeza berdasarkan data bilangan murid yang diberikan kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing.