MALAYSIA
Pendakwah selebriti terlibat amang seksual sudah didakwa mahkamah - Polis

Siti Kamsiah berkata, kesemua pertuduhan terhadap pendakwah selebriti itu dibuat pada 2023, 2024 dan tahun ini. Gambar kanan: Nurul Izzah bertemu mangsa amang seksual.
KUALA LUMPUR: Pendakwah selebriti yang didakwa terlibat dengan kes amang seksual sebagaimana didedahkan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sudah dituduh di mahkamah.
Ringkasan AI
- Pendakwah selebriti yang dikaitkan dengan kes amang seksual terhadap remaja lelaki telah dituduh di mahkamah, dengan lapan laporan polis diterima tujuh di Pulau Pinang dan satu di Kedah melibatkan mangsa berusia antara 13 hingga 16 tahun.
- Ketua Penolong Pengarah D11 Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan memaklumkan bahawa kes-kes tersebut sedang dalam perbicaraan dan pertuduhan dibuat pada tahun 2023, 2024 dan 2025.
- Nurul Izzah Anwar mendedahkan bahawa pendakwah terbabit menggunakan minat mangsa sebagai pendekatan awal sebelum melakukan gangguan seksual, dan turut menyaman keluarga mangsa selepas laporan dibuat, namun beliau menegaskan mangsa akan dilindungi dan keadilan akan ditegakkan.
“Kesemua mangsa adalah remaja lelaki berusia antara 13 sehingga 16 tahun,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Siti Kamsiah berkata, kesemua pertuduhan terhadap pendakwah selebriti itu dibuat pada 2023, 2024 dan tahun ini.
Sebelum ini, Nurul Izzah menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook memaklumkan bahawa pendakwah terbabit menggunakan minat remaja lelaki itu sebagai ‘pintu’ untuk dirinya memulakan perbuatan keji.
Ujarnya, mangsa memberitahu pendakwah terbabit kemudiannya telah melakukan perkara tidak senonoh ke atas dirinya.
Berkongsi lebih lanjut, Nurul Izzah berkata, mangsa membuat laporan polis terhadap pendakwah terbabit selepas menerima gangguan seksual tersebut.
Bagaimanapun katanya, pendakwah selebriti berkenaan tidak berdiam diri sebaliknya menyaman keluarga mangsa dan meminta mereka untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
Sehubungan itu, Nurul Izzah memberitahu bahawa mangsa akan dilindungi dan keadilan bakal berpihak pada yang benar. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami