SAN FRANCISCO: Organisasi media Malaysia boleh menerajui perkongsian pendapatan pengiklanan dengan platform media sosial global dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk membantu, kata Menterinya Fahmi Fadzil.
"Saya fikir ini adalah sesuatu yang boleh dilakukan organisasi media secara langsung dengan platform berkenaan (media sosial). Kami sedia membantu.
"Bagaimanapun, pada masa ini saya tidak menjangkakan bahawa kita akan bertindak seperti negara lain (yang mengambil tindakan perundangan)," katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-30 di sini.
Fahmi berkata beliau telah menyampaikan perkara mengenai perbelanjaan pengiklanan semasa libat urus dengan syarikat gergasi media sosial seperti TikTok dan Google baru-baru ini.
"TikTok, Meta dan Google (dan platform lain yang serupa) ialah organisasi penting untuk berbincang bersama-sama beberapa isu berkenaan perbelanjaan pengiklanan.
"Saya telah menyampaikan kepada setiap organisasi (TikTok, Google, Meta) bahawa saya ingin mengadakan libat urus konstruktif yang positif dengan organisasi media," katanya dan menambah platform media sosial berkenaan bersedia untuk membincangkan isu itu.
Beliau turut mencadangkan satu dana khusus boleh disediakan untuk membantu organisasi media dalam transformasi digital yang sedang berlaku.
"Ada beberapa negara seperti Taiwan menyaksikan penubuhan dana yang dapat membantu organisasi media melakukan transformasi termasuk mencari cara penyampaian yang baharu dan juga sumber pendapatan baharu," katanya.
Ketika ditanya sama ada Malaysia boleh mengambil tindakan perundangan sama seperti Australia, Fahmi berkata secara umumnya, terdapat libat urus yang positif dan membina bukan sahaja dengan TikTok, tetapi juga Google dan Meta di Malaysia.
"Saya lihat mungkin pada ketika ini tidak perlu kita ambil tindakan seperti negara lain. Saya tidak hanya maksudkan Australia. Sebab itulah saya pernah katakan di Parlimen.
"Bagi Malaysia, kita tidak semestinya meniru atau mengikut apa yang dilakukan negara lain. Kita akan mencari dan memilih jalan yang sesuai dengan spesifikasi dan konteks Malaysia," katanya.
Penggubalan undang-undang, kata Fahmi akan menjadi langkah terakhir dan Malaysia berhak melakukannya.
"Tetapi, demi keadilan, saya fikir mungkin adakan perbincangan dengan organisasi berkenaan (terlebih dahulu)," katanya.
Fahmi kini berada di San Francisco dan merupakan antara delegasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-30, yang berakhir hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
Organisasi media Malaysia boleh menerajui perkongsian pendapatan pengiklanan dengan platform media sosial global dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk membantu, kata Menterinya Fahmi Fadzil. - Foto BERNAMA
Bekas Mufti nasihat jangan buka aib pasangan terutama selepas berpisah
Zulkifli berkata setelah berlaku perpisahan, setiap individu perlu memberi ruang untuk masing-masing memulakan kehidupan baharu.
Budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat
Menerusi data Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia, dalam setahun rakyat di negara ini mengambil masa sembilan jam 22 minit seminggu untuk membaca 16 naskhah bercetak dan lapan digital.
Tun Juhar terima anugerah Penaung Kehormat AFEO
Anugerah sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian dan pembangunan sosial, ekonomi dan kejuruteraan Sabah di bawah kepimpinan Tun Juhar dan berharap agar penganugerahan itu dapat menarik pelbagai inisiatif terutama dalam bidang kejuruteraan ke Sabah.
Penyertaan Sarawak Metro di Innotrans 2024 lakar pencapaian penting
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mazli Mustaffa dalam satu kenyataan hari ini berkata penyertaan Sarawak Metro di pameran perdagangan terbesar dunia yang memberikan tumpuan kepada industri pengangkutan rel itu satu pencapaian signifikan bagi organisasi berkenaan.
PM Anwar jangka Belanjawan 2025 tambah baik kerangka ekonomi, agihan saksama
Perdana Menteri menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi itu di Kementerian Kewangan hari ini.
Sarawak sasar Delta Geopark diiktiraf tapak Geopark Global UNESCO
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya menerusi Kementerian Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar sedang dalam proses mendapatkan penilai untuk meneliti sama ada ia mematuhi semua kriteria sebagai Tapak Geopark Global UNESCO.
RM130 juta naik taraf Lapangan Terbang Tawau
Projek naik taraf Lapangan Terbang Tawau (LTT) yang dianggarkan bernilai RM130 juta dijangka akan dimulakan seawal pada tahun hadapan.
Projek infrastruktur RM40 bilion Sabah harus disegerakan
Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia mahu supaya projek infrastruktur bernilai hampir RM40 bilion di Sabah dilaksanakan sebaik mungkin demi manfaat kepada rakyat di negeri itu.
FAM bakal wujud unit khas kendali Harimau Malaya, B-23
FAM akan mewujudkan satu unit baharu bagi memantau prestasi dan menguruskan skuad bola sepak negara secara khusus.
Sekolah Menengah Kuen Cheng nafi video kes buli
Lokasi video yang diambil tidak diketahui dan langsung tidak berkaitan dengan Sekolah Menengah Kuen Cheng.
G42, Microsoft akan lancar dua pusat AI di Abu Dhabi
Kedua-dua pusat itu dibina berdasarkan kerja yang dilaksanakan Microsoft dan G42 untuk melaksanakan piawaian dan amalan AI Bertanggungjawab.
Fahmi saran organisasi media manfaat sepenuhnya teknologi AI
Fahmi berkata ketika ini, banyak hasil AI terutama AI Generatif (GenAI) dapat disiarkan dalam format audio visual.
Bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong dilantik Presiden MPI
Bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong dilantik sebagai Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI).
Rang undang-undang media Malaysia sentuh hasil iklan organisasi media - Fahmi
Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia antara lain akan menyentuh isu berkaitan hasil pengiklanan kepada organisasi media.
Organisasi berita, pengawal selia harus bekerjasama perangi 'scammer'
Tokoh media terkemuka Datuk Seri Wong Chun Wai menggesa organisasi berita supaya bekerjasama dengan pengawal selia untuk memerangi kes penipuan atau 'scammer' yang semakin berleluasa.
Pendapatan iklan: Organisasi media jadi teraju, KKD sedia bantu
Organisasi media Malaysia boleh menerajui perkongsian pendapatan pengiklanan dengan platform media sosial global dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk membantu.
Tiada kebebasan mutlak, wartawan, organisasi media harus terus tingkat kualiti
Walaupun tidak wujud kebebasan mutlak dalam industri media, wartawan dan organisasi media harus terus meningkatkan kualiti pelaporan berita mereka.
Media boleh teruskan operasi penyampaian maklumat dalam tempoh PKP - Saifuddin
Operasi organisasi media bagi tujuan produksi program, berita, rencana dan kandungan tempatan untuk penyampaian maklumat dibenarkan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rusia bakal label wartawan bebas, blogger sebagai ejen asing
Rusia bakal melabel wartawan bebas dan blogger sebagai 'ejen asing' di bawah undang-undang yang baharu dipinda di negara itu.
Timbalan Menteri KBS nafi 'angkat geng' pukul wartawan
Datuk M Saravanan berkata kehadiran beliau berhampiran pejabat organisasi media berbahasa Tamil itu bagi meleraikan pertengkaran.