awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suri rumah didakwa aniaya anak kandung sehingga cedera
Tuntutan palsu: SPRM tahan tiga individu
Kecurian kabel antara punca utama gangguan perkhidmatan rel - Anthony Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendapatan tinggi tiada makna kalau tiada kuasa membeli - PM

Bernama
Bernama
21/05/2018
02:19 MYT
Pendapatan tinggi tiada makna kalau tiada kuasa membeli - PM
Dr Mahathir berkata apa yang penting adalah daya beli wang dan daya beli pendapatan. -Astro AWANI/Shahir Omar
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada makna jika rakyat berpendapatan tinggi namun masih tiada kuasa membeli.
Beliau berkata apa yang penting adalah daya beli wang dan daya beli pendapatan.
"Di negara ini, kita dapati ada usaha untuk (menjadi negara) pendapatan tinggi tetapi dengan pendapatan yang tinggi masih tidak boleh membeli barangan yang lebih (sekiranya) tidak mempunyai makna sama sekali.
"Kalau kita naikkan jumlah wang yang kita bayar sebagai upah tetapi pada masa sama harga barangan meningkat dengan tinggi, wang yang ditambah tidak mungkin akan beli lebih daripada dahulu.
"Maka, kenaikan pendapatan tidak memberi apa-apa kesan dan kebaikan kepada negara," katanya dalam perjumpaan pertama beliau dengan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ali Hamsa
#daya beli pendapatan
#daya beli wang
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#PM
#rakyat berpendapatan tinggi
#tiada kuasa membeli
#Zainal Rahim Seman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan