awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaratan ikan tuna di Pulau Pinang tingkat ekonomi, peluang besar industri hiliran

Bernama
Bernama
04/04/2025
00:20 MYT
Pendaratan ikan tuna di Pulau Pinang tingkat ekonomi, peluang besar industri hiliran
Fahmi (kanan) bersama ikan tuna yang didarat di Dermaga Dalam Butterworth. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Pulau Pinang bukan sahaja terkenal dengan makanan dan pantainya malah ia merupakan satu-satunya negeri yang menjalankan pendaratan ikan tuna di Malaysia dari Lautan Hindi sebelum dieksport ke beberapa negara untuk pasaran antarabangsa.
Ikan berkenaan ditangkap di perairan Lautan Hindi sebelum disejukkan dan dihantar ke negara seperti Jepun serta dijadikan sashimi yang diakui antara terbaik di dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Fahmi Zainol berkata sejak awal 1990, Pulau Pinang merupakan pintu utama kemasukan tuna ke Malaysia.
Beliau berkata terdapat banyak vesel luar negara termasuk Taiwan yang memilih Pulau Pinang untuk mendarat, memproses dan seterusnya mengeksport tuna semula ke Taiwan atau ke pasaran Jepun.
Fahmi berkata pendaratan ikan tuna di Pulau Pinang memberikan banyak faedah daripada segi ekonomi dan sosial kerana ia merupakan sumber pendapatan yang penting bagi pengusaha tempatan selain ia adalah ikan bernilai tinggi di pasaran luar negara.
"Ia memberi peluang kepada industri perikanan untuk berkembang dan meningkatkan ekonomi tempatan jika industri hiliran dapat dikembangkan.
"Dengan peningkatan aktiviti pendaratan ikan tuna, ia dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor perikanan dan industri yang berkaitan seperti pemprosesan ikan, pengangkutan serta perdagangan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sehingga kini, masih belum ada industri hiliran di Pulau Pinang namun jika pendaratan meningkat tidak mustahil Pulau Pinang menjadi pusat pemprosesan ikan tuna yang menyediakan produk makanan laut berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan luar negara.
Fahmi juga berkata ia mampu menggalakkan pelaburan dalam industri pemprosesan dan meningkatkan daya saing produk makanan laut Malaysia.
"(Akan berlaku) Peningkatan pelancongan jika jeti dan industri hiliran dibangunkan dengan baik, dengan adanya aktiviti pendaratan ikan tuna yang sering menarik perhatian pelancong, ia turut menyumbang kepada sektor pelancongan terutama di kawasan yang terlibat dalam proses pendaratan dan pasaran ikan," katanya.
Selain meningkatkan pendapatan pengusaha tempatan, beliau berkata tuna merupakan komoditi bernilai tinggi di pasaran antarabangsa dan memberi peluang kepada industri perikanan Malaysia untuk berkembang.
Mengulas lanjut, Fahmi memaklumkan operasi pendaratan ikan tuna di Pulau Pinang dilakukan di Dermaga Dalam Butterworth yang berjaya meningkatkan ekonomi.
Beliau berkata kerajaan telah mewujudkan Kompleks Perikanan Batu Maung yang diurus oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia namun pada 2015, ia itu tidak mampu mengendali pendaratan tuna disebabkan masalah pemendapan lumpur.
Fahmi berkata susulan itu, Pelabuhan Komersial di Dermaga Dalam Butterworth pula dipilih untuk pendaratan tuna hingga sekarang.
Beliau berkata pada 2023, sebanyak 16 vesel telah mendaratkan 3.13 juta kilogram tuna bernilai RM3.191 juta.
"Jumlah untuk tahun lepas kita masih belum dapat secara terperinci dan saya harap tahun ini lebih banyak lagi ikan tuna didaratkan di Pulau Pinang supaya dapat terus meningkatkan ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor pelancongan
#ikan tuna
#pasaran antarabangsa
#vesel luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan