PUTRAJAYA: Susulan Program Repatriasi Migran (PRM) yang akan dilaksanakan bermula 1 Mac hingga 31 Dis ini, pendatang tanpa izin digesa menggunakan peluang berkenaan untuk pulang ke negara asal secara sukarela dan memenuhi syarat yang ditetapkan Jabatan Imigresen (JIM).
Ia termasuk mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tiket penerbangan pulang.
Bercakap kepada Bernama, Ketua Pengarah JIM Datuk Ruslin Jusoh berkata kerajaan pada 31 Jan lepas memutuskan untuk memberikan pengecualian pendakwaan dan menawarkan kompaun kepada pendatang tanpa izin yang menyerah diri untuk pulang ke negara asal atas tiga kesalahan.
Tiga kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) berkaitan keberadaan pendatang tanpa izin di dalam negara ialah masuk atau tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah, dan mereka ditawarkan kompaun sebanyak RM500, tinggal lebih masa di Malaysia (RM500) dan melanggar syarat pas (RM300).
"Saya menyeru kepada pendatang tanpa izin, gunalah peluang ini sehabis baik, kerana inilah masa untuk pulang ke negara asal mereka tanpa pendakwaan dan mereka perlu bayar sejumlah bayaran kompaun. Namun, mereka yang sedang ditahan, direman dan didakwa tidak layak untuk menyertai PRM," katanya.
Dianggarkan antara 300,000 hingga 400,000 pendatang tanpa izin akan menyertai PRM.
Mengulas lanjut, Ruslin berkata dokumen yang perlu dibawa oleh pendatang tanpa izin ketika berurusan di pejabat JIM ialah tiket penerbangan pulang dan dokumen perjalanan sah yang dikeluarkan oleh negara asal mereka atau kedutaaan negara masing-masing yang berada di Malaysia.
Bagi mereka yang tiada sebarang dokumen, mereka perlu merujuk pihak kedutaan masing-masing untuk mendapatkan apa-apa dokumen yang membolehkan mereka pulang ke negara asal dan untuk itu, katanya JIM akan mengadakan sesi libat urus bersama kedutaan asing seperti Indonesia dan Bangladesh pada minggu ini untuk menerangkan mengenai PRM, selain mendapatkan kerjasama kedutaan berhubung program itu.
"Apabila mereka datang ke pejabat kita, mereka perlu tunjukkan tiket pulang dalam tempoh 14 hari dari tarikh serah diri ke pejabat JIM.
"Selepas semakan (dan sekiranya dokumen lengkap), kita akan keluarkan memo periksa keluar seterusnya kompaun perlu dibayar (mengikut kategori kesalahan) dan mereka perlu keluar dari Malaysia dalam tempoh 14 hari," katanya dan menambah mereka yang berumur bawah 18 tahun dikecualikan daripada bayaran kompaun.
Bagaimanapun, beliau menegaskan pembayaran kompaun sama sekali tidak akan melibatkan sebarang transaksi tunai dan hanya menggunakan mod pembayaran elektronik sama ada kad kredit, kad debit atau e-dompet Touch 'n Go.
Ruslin pada masa yang sama turut mengingatkan bahawa JIM atau Kementerian Dalam Negeri tidak melantik mana-mana ejen untuk mereka berurusan dengan pendatang tanpa izin bagi memudah cara PRM.
Katanya, pendatang tanpa izin turut diminta peka dengan pergerakan mana-mana individu yang mendakwa mereka ejen yang mempunyai "kuasa" untuk berurusan dengan pihak kedutaan bagi mendapatkan dokumen berkaitan.
Mengakui kemungkinan pendatang tanpa izin akan berasa takut untuk "menyerah diri", beliau berkata PRM sememangnya program khas bagi mereka dan tidak perlu bimbang memandangkan prosesnya adalah mudah dan tidak menggunakan khidmat orang ketiga atau ejen.
"Bagi saya, perkara ini tidak perlu libatkan ejen, datang sendiri ke pejabat JIM. Saya tidak mahu kebimbangan ini menyebabkan mereka tidak mahu keluar dan sertai program ini," katanya.
Ditanya mengenai implikasi PRM kepada kerajaan, beliau menjelaskan ia membawa pelbagai impak positif terutamanya dari segi keselamatan negara serta mengurangkan kebimbangan masyarakat mengenai kebanjiran warga asing di dalam negara.
Beliau berkata keberadaan pendatang tanpa izin di dalam negara juga membuka ruang kepada masalah jenayah dan lebih buruk lagi, ia menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesan mereka yang terbabit kerana tiada dokumentasi lengkap.
"Keselamatan ialah keutamaan JIM ... kita sedia maklum ada warga asing sudah bina struktur komuniti sendiri, membuka kedai dan sebagainya.
"Selain itu, warga asing yang tiada dokumen ini juga menikmati kemudahan sama seperti rakyat dari segi subsidi seperti minyak masak dan petrol. Dalam erti kata lain, menerusi repatriasi migran, kita berharap dapat mengurangkan angka ketirisan, sekali gus memberikan implikasi kewangan yang lebih baik," kata Ruslin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Ruslin erkata kerajaan pada 31 Jan lepas memutuskan untuk memberikan pengecualian pendakwaan dan menawarkan kompaun kepada pendatang tanpa izin yang menyerah diri untuk pulang ke negara asal atas tiga kesalahan. - Foto Bernama
Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.
TH peruntuk 30 juta riyal untuk kos makanan jemaah haji tahun ini
Sebanyak SAR30 juta diperuntukkan bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31,600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini.
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
Pendatang tanpa izin digesa sertai Program Repatriasi Migran bermula 1 Mac
Susulan Program Repatriasi Migran (PRM) yang akan dilaksanakan bermula 1 Mac hingga 31 Dis ini.