awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendawaian elektrik bas ekspres tak teratur punca remaja maut akibat renjatan elektrik

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
20/11/2024
07:30 MYT
Pendawaian elektrik bas ekspres tak teratur punca remaja maut akibat renjatan elektrik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bercakap pada sidang media bersempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pendawaian elektrik pada sebuah bas ekspres didapati tidak teratur menjadi punca seorang remaja berumur 18 tahun maut akibat renjatan elektrik dalam kejadian di Terminal Penang Sentral pada 2 November lalu.

Ringkasan AI
  • Punca Insiden Renjatan Elektrik: Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) adalah punca kematian seorang remaja dalam insiden renjatan elektrik.
  • Tindakan APAD: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah memberhentikan sementara operasi bas milik syarikat pengendali sama dan mengeluarkan larangan penggunaan soket 3-pin dan USB dalam semua bas ekspres sehingga polisi baharu dikeluarkan.
  • Garis Panduan Pendawaian Baharu: Kementerian Pengangkutan sedang membangunkan garis panduan pendawaian tambahan baharu bagi syarikat pengendali bas yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

Dapatan itu diperoleh hasil siasatan pasukan Petugas Khas di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT).
Dalam sidang media di Parlimen, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata sambungan pendawaian dari keluaran kotak pengagihan (DB) ke pendawaian soket juga dipasang secara terbalik.
“Di samping itu, penggunaan kelengkapan elektrik yang digunakan dalam bas tersebut juga tidak memenuhi standard piawaian barangan yang ditetapkan.
"Pemasangan pendawaian elektrik bas juga dilakukan oleh pihak yang tidak bertauliah oleh Suruhanjaya Tenaga.
"Walaupun komponen struktur bas mematuhi pelan teknikal yang diluluskan dan telah lulus pemeriksaan PUSPAKOM pada 20 Mei 2024, namun aspek keselamatan pendawaian elektrik perlu diberi perhatian segera.
"Ini adalah kerana bagi mengelakkan sebarang risiko bahaya yang boleh mengancam keselamatan pengguna," katanya dalam sidang media di Parlimen pada Rabu.
Pada 2 November lalu, seorang remaja maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya menggunakan soket di dalam sebuah ekspres di Terminal Bas Penang Sentral, Butterworth pada pukul 7.40 malam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, maut di tempat kejadian dengan kecederaan pada jari tangan sebelah kiri.
Topic Berkaitan
#renjatan elektrik
#Anthony Loke
#remaja maut
#bas ekspres
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan