ALOR SETAR: Pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan pemilikan saham Padiberas Nasional Berhad (Bernas) RM400 juta disifatkan tidak benar.
Shahidan turut mempersoal tindakan Anwar yang mendedahkan hanya beberapa nama terlibat dalam pembelian saham berkenaan selain mengumumkan secara terbuka butiran syarikat itu yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia.
Menurutnya, penjelasan berhubung isu berkenaan hanya akan dilakukan kemudian dan kemungkinan dalam persidangan Parlimen akan datang.
“Saya tidak ada saham dalam Bernas, pemilik Bernas yang perlu jawab isu terbabit.
“Pendedahan Anwar itu tidak benar. Insya-Allah saya akan berikan jawapannya di Parlimen nanti. Sepatutnya Anwar beri perhatian pulihkan negara berbanding korek hal-hal seperti itu. Kalau nak korek, korek semualah sebab Bernas syarikat yang disenaraikan, ini ialah pembelian saham dalam syarikat yang disenaraikan, apa kesalahannya?,” katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Pada Isnin, Anwar menegur Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang didakwa mempunyai monopoli terhadap import beras. Anwar turut dedahkan Syed Mokhtar telah membeli Bernas daripada Tan Sri Tan Boon Seng sebanyak 31 peratus (sekitar RM800 juta) dan RM400 juta daripada syarikat milik Shahidan.
Bagaimanapun Shahidan mempersoal kewajaran Anwar yang bertindak hanya menyebut namanya sedangkan terdapat lebih 1,000 syarikat disenaraikan.
“Beli saham dalam pasaran perlu cerita semuakah? Sebut semualah, kenapa hanya nama saya diberikan perhatian. Bukan setakat tidak benar tetapi bolehkah Perdana Menteri ceritakan pembelian saham dalam syarikat disenaraikan secara terbuka?
“Saya sedang dapatkan nasihat perundangan sebab ini ialah syarikat disenaraikan, apakah boleh syarikat disenaraikan kita bincang secara terbuka. Kalau ya, saya ingat eloklah cerita semua syarikat yang ada,” soalnya lagi.
Menurutnya, pendedahan tersebut juga telah mengaibkan dirinya kerana merupakan suatu tuduhan tidak tepat.
“Saya nak bagi tahu tuduhan tersebut tidak benar, ia melibatkan sebuah syarikat kerajaan yang diswastakan dan adalah syarikat yang disenaraikan. Pembelian saham bukan ada hubung kait dengan kerajaan.
“Siapa yang hisap duit rakyat? Bernas tak hisap duit rakyat, Bernas hanya berniaga. Isu ini merugikan masa saya, sepatutnya saya fokus kepada masalah rakyat dan kebangkitan Perikatan Nasional (PN) yang luar biasa,” ujarnya.
Shahidan turut menasihatkan agar Anwar memberi tumpuan kepada usaha untuk membela rakyat berbanding isu seumpama.
“Perkara itu melibatkan perundangan dan sebuah syarikat yang disenaraikan, perkara berlaku sudah berpuluh tahun. Kenapa saya yang dipersalahkan, sekarang bukan saya tuan punya Bernas.
“Perlukah saya jawab isu Bernas? Tanyalah pemilik sekarang sebab beliau beli saham yang disenaraikan, bukan (milik) saya seorang tetapi ramai (pemilik), jadi tak betul lah tuduhan itu,” tegasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 07 2022

Shahidan mempersoal kewajaran Anwar yang bertindak hanya menyebut namanya sedangkan terdapat lebih 1,000 syarikat disenaraikan. - Gambar fail

Dialog lakonan didakwa 'menghina' wanita, Maszlee Malik mohon maaf
Maszlee Malik memohon maaf khususnya kepada golongan wanita susulan penggunaan dialog kasar dan tidak bersesuaian dalam siri drama Kudeta.

Hasrat PM supaya cetak, edar satu juta al-Quran akan disegerakan - Mohd Na'im
Bagi tujuan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) akan mengadakan perbincangan.

Politik Sabah | Hajiji bakal ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah
Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan akan mengetuai sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat). Ketua Menteri yang juga pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, Gagasan Rakyat akan digunakan untuk meneruskan perjuangan sebagai parti tempatan di Sabah.

Cadangan Terima KJ | Ambil kira ‘perasaan’ semua pihak - Naib Presiden PKR
Cadangan penyertaan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk bersama Pakatan Harapan hanya akan diputuskan kepimpinan Majlis Presiden PH. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara itu harus dinilai secara teliti dengan mengambil kira hubungan antara parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Bakar Al-Quran | Kerjasama semua agensi selaras pengedaran sejuta Al-Quran
Semua agensi berkaitan akan bekerjasama bagi menyelaraskan pengedaran satu juta Al-Quran sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskah Al-Quran di Sweden. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Naim Mokhtar berkata, ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, yang melihat ia cara paling praktikal untuk menjawab kebiadaban yang dilakukan terhadap kitab suci umat Islam itu.

Ibu bapa, guru perlu main peranan basmi masalah sosial - Permaisuri Agong
Seri Paduka bertitah isu disiplin dan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dalam kalangan kanak-kanak dan remaja juga harus diberi perhatian.

Padah sogok polis RM100, buruh warga Bangladesh ditahan
Lelaki itu menyogok wang kepada anggota polis sebagai balasan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memandu kereta tanpa lesen.

PDRM siap siaga gerakkan anggota tambahan hadapi banjir - Acryl Sani
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi berhadapan bencana banjir terutamanya, di Johor dan Sabah.

Pemilihan UMNO tetap dilaksana walau ada bahagian digantung - Ahmad Maslan
Pemilihan UMNO yang bermula Rabu ini akan tetap diadakan di 22,000 cawangan dan 191 bahagian meskipun terdapat dua bahagian parti digantung.

Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin
Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, pada Ahad.

"Shahidan hanya memancing untuk dapat peruntukan" - Mohd Sany
Mohd Sany mempersoalkan dakwaan yang dibuat Shahidan Kassim berkaitan peruntukan yang tidak diterima oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang.

'Ini tidak adil!' - Shahidan dakwa Ahli Parlimen PN tidak dapat peruntukan
Beliau berkata akan membuat perbincangan secara berterusan bersama pihak terlibat bagi memastikan isu berkaitan peruntukan dapat diselesaikan.

Pertubuhan Perpaduan Ummah dilancar secara rasmi, bermula di Parlimen Arau
Penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan bertujuan menyatukan masyarakat di Malaysia tanpa mengira parti selain memfokuskan kepada kerja-kerja kebajikan.

'Nama saya ditulis BEBAS-Arau, saya Pas-PN' - Shahidan
Pada PRU15, Shahidan yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian menang dengan majoriti 23,216 undi.

Fokus bekerja bantu rakyat bukan cari silap parti lawan - Shahidan
Shahidan berkata, tindakan dan sikap pemimpin politik dalam kerajaan yang berterusan mencari kesilapan parti lawan dilihat seperti parti pembangkang.

Dipecat UMNO: "Alasan tak masuk akal, saya hanya iringi suami" - Shamsiah
Alasan mengiringi suaminya, Datuk Seri Shahidan Kassim yang merupakan calon PN pada hari penamaan calon PRU15 menyebabkan Shamsiah dipecat.

Sah! Annuar Musa lucut keahlian UMNO
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

'Pendedahan Anwar tidak benar, saya bukan tuan punya Bernas' - Shahidan
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkannya dengan pemilikan saham Padiberas Nasional Berhad (Bernas) RM400 juta

Pas Terengganu sedia jika PRN diadakan lebih awal
PRN bagi tiga negeri di bawah pentadbiran PN iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah dijangka dilaksanakan secara serentak.

Tahniah PH, BN tapi tiba masa lagu 'siapa sokong penyamun' ditukar - Sindir Shahidan
Shahidan menyatakan bahawa lagu 'Aduh Malaysia' yang sering dinyanyikan penyokong Pakatan Harapan (PH) kepada Barisan Nasional (BN) perlu ditukar segera.