awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendedahan kredit BNPL berada pada RM1.42 bilion pada suku pertama 2024

Bernama
Bernama
12/07/2024
21:00 MYT
Pendedahan kredit BNPL berada pada RM1.42 bilion pada suku pertama 2024
Lebih daripada 700,000 peniaga menggunakan perkhidmatan BNPL, dengan diguna pakai terutamanya dalam tiga sektor iaitu makanan dan restoran, runcit dan pengangkutan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Industri Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) mencatatkan pendedahan kredit atau baki jumlah tertunggak sebanyak RM1.42 bilion pada akhir suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat sebanyak 34 peratus dari akhir tahun 2023.
BNPL menyumbang sebanyak 0.07 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang isi rumah pada akhir 2023.
"Sebanyak 3.8 peratus pemegang akaun BNPL yang aktif terlepas pembayaran mereka dan direkodkan sebagai tertunggak pada akhir S1 2024 berbanding 5.8 peratus pada akhir S1 2023," kata Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB) dalam laporannya pada Jumaat.
Laporan itu juga mendedahkan bahawa majoriti daripada 3.7 juta pemegang akaun BNPL adalah mereka yang bekerja, berusia di antara 21 dan 45 tahun.
Lebih daripada 700,000 peniaga menggunakan perkhidmatan BNPL, dengan diguna pakai terutamanya dalam tiga sektor iaitu makanan dan restoran, runcit dan pengangkutan.
"Kebanyakan peniaga yang menggunakan BNPL beroperasi dalam talian tetapi kini peniaga fizikal atau kedai telah meningkat, mencapai 12 peratus pada S1 2024," tambahnya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#BPNL
#Hutang isi rumah
#Beli Sekarang Bayar Kemudian
#pendedahan kredit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan