awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tampil sugul di mahkamah, Kamal Adli sukar ulas nasib perkahwinan dengan Uqasha Senrose: “Kalau tiada jodoh, Wallahu’alam”
Meta nafi dakwaan kebocoran data 17.5 juta akaun Instagram
xAI rancang bangunkan AI kuasai robot seperti Tesla Optimus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendidikan kerja sepanjang hayat - Tun Mahathir

Bernama
Bernama
07/10/2018
07:59 MYT
Pendidikan kerja sepanjang hayat - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Keamanan Sedunia dan Pendamaian Nasional daripada Universiti Perdana yang diwakili oleh Pro Canselornya, Tan Sri Dr Mohan Swami pada majlis Konvokesyen ke-3 hari ini. - FotoBernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua rakyat untuk tidak berhenti daripada belajar kerana pendidikan adalah kerja sepanjang hayat.
Perdana menteri berusia 93 tahun itu berkata Malaysia mahu terus maju serta diiktiraf sebagai negara maju sepenuhnya dan untuk mencapai tujuan itu rakyat negara ini perlu terdidik sepenuhnya.
"Hari ini pendidikan bukan sekadar belajar tentang sejarah atau kesusasteraan tetapi lebih kepada belajar tentang sains baharu yang merevolusikan industri di dunia.
"Malah perniagaan pada masa ini terkesan oleh teknologi baharu, Oleh itu, adalah penting untuk belia Malaysia dilatih.
"Jadi tolonglah jangan berhenti belajar, pendidikan adalah kerja sepanjang hayat kerana apa yang saya tahu ijazah yang saya peroleh pada1954 sudah tidak lagi relevan pada masa kini.
"Kita sentiasa perlu bergerak ke depan, dan untuk bergerak ke depan kita perlu membangunkan pengetahuan baharu," katanya pada majlis konvokesyen ketiga Universiti Perdana di sini, hari ini.
Perdana menteri turut menggesa golongan muda untuk ambil tahu apa yang berlaku di dalam negara termasuk isu politik.
"Tidak semestinya anda terlibat sepenuhnya dalam politik tetapi anda perlu tahu apa yang berlaku di dalam negara dan sekurang-kurangnya anda patut mengundi dalam pilihan raya," katanya.
Pada majlis konvokesyen itu, Dr Mahathir yang juga Canselor pengasas Universiti Perdana dianugerahi Ijazah Doktor Falsafah Kehormat bagi Keamanan Global dan Perdamaian Nasional manakala isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dianugerahi Ijazah Doktor Falsafah Kehormat bagi Pembangunan Wanita dan Masyarakat.
Ini adalah kali pertama Universiti Perdana menganugerahkan ijazah kehormat, iaitu anugerah tertinggi diberikan oleh universiti itu.
Tahun ini sebanyak 82 graduan menerima ijazah dan ijazah lanjutan dalam bidang Perubatan, Terapi Pekerjaan dan Bioinformatik manakala 26 pelajar menerima sijil Asasi Sains.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir Mohamad
#kesusasteraan
#Mahathir Mohamad
#pendidikan
#revolusi
#Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan