MACHANG: Penduduk di Kampung Jenereh Bongkok, Pulai Chondong di sini meluahkan kebimbangan berhubung keadaan bahaya di simpang empat Kuari Bukit Buloh yang kerap berlaku kemalangan termasuk membabitkan kematian.
Seorang penduduk, Noryana Mat, 52, berkata, lokasi simpang empat tersebut acap kali berlaku kemalangan membabitkan pelbagai jenis kenderaan kerana keadaan persimpangan jalan itu sendiri yang sangat luas.
Katanya, jalan berkenaan juga sentiasa sibuk dengan kenderaan yang keluar masuk selain menjadi laluan utama lori membawa muatan batu dari kuari.
“Simpang empat ini tidak ada lampu isyarat sedangkan ratusan lori termasuk treler keluar masuk ke empat kuari yang terletak dalam jarak 1.5 kilometer dari simpang ini.
“Selama 23 tahun saya berniaga kedai makan di tepi simpang empat ini, saya sudah melihat banyak kemalangan yang berlaku di depan mata sendiri,” katanya ketika ditemui di Pulai Chondong di sini, pada Isnin.
Seorang lagi penduduk, Mohd Razali Zakaria, 54, berkata, kawasan jalan di simpang empat tersebut tidak mempunyai papan tanda amaran yang mencukupi selain gelap pada waktu malam.
“Kalau bina lampu isyarat mungkin tidak sesuai kerana jalan sedikit menuruni bukit. Cadangan lain boleh adakan garisan kuning supaya pemandu perlahankan kenderaan ketika melalui jalan ini.
“Boleh juga tambah lebih banyak papan tanda amaran dari semua arah supaya pengguna jalan raya lebih berhati-hati ketika menghampiri simpang empat ini,” katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pengangkutan.
Sementara itu, seorang pemandu lori, Mohd Salleh Iberahim, 59, berkata, sudah 30 tahun dia memandu kenderaan berat iaitu lori 13 tan membawa muatan batu anggaran sehingga 19 tan dari kuari untuk dihantar ke serata Kelantan.
“Saya guna laluan ini empat hingga lima trip sehari dan memang diakui simpang ini sangat berbahaya kepada semua pengguna jalan raya.
“Saya amat berhati-hati ketika memandu lori keluar dari simpang ini untuk mengelakkan kemalangan seperti yang berlaku kepada rakan-rakan pemandu lori yang lain,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung Mukim Gading Galoh, Muhd Sadiqi Zakaria berkata, beliau sedia maklum perkara itu dan mengambil tindakan serius untuk menyelesaikannya segera.
“Kami menerima aduan hingga empat kali seminggu berkaitan keadaan bahaya di jalan ini dan setiap aduan dipanjangkan ke pihak atasan.
“Kami akan adakan perbincangan dengan pihak yang berkaitan untuk memperhalusi setiap cadangan bagi mendapatkan penyelesaian yang sesuai berkait permasalahan ini,” katanya.
Antara kejadian kemalangan maut di lokasi tersebut berlaku pada Oktober lalu membabitkan penunggang motosikal, Mohamad Azizi Mohamad, 19, dan pembonceng yang juga rakan karibnya, Muhammad Nur Aqashah Danial Muhammad, 16.
Kedua-duanya maut apabila motosikal mereka berlanggar dengan sebuah lori tiga tan di simpang empat tersebut. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 22 2022
Muhd Sadiqi (kiri) menunjukkan keadaan di persimpangan Kuari Bukit Buloh, Machang. - Foto Sinar Harian
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu.
Niaga AWANI: Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Niaga AWANI: FBM KLCI mencapai paras tertinggi walaupun ditengah cabaran Ringgit
Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat sebanyak 8.28% walaupun nilai matawang menurun sebanyak 3.79% berbanding dollar Amerika Syarikat (AS). Adakah trend ini akan berterusan sehingga bulan Mei akan datang? Kupasan lanjut bersama Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
Niaga AWANI: Ringgit dijangka sekitar 4.77 berbanding dolar AS minggu ini
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ini bagaimanapun bergantung kepada reaksi pasaran bon global memandangkan ramai peniaga memberi tumpuan terhadap pelarasan oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Niaga AWANI: Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata beliau meramalkan paras sokongan segera pada 1,555, diikuti dengan 1,545.
Niaga AWANI: Cabaran jurang negara kaya dan membangun
Editor Astro AWANI, Najib Aroff menemu bual Mirek Dusek yang merupakan Pengarah Urusan, World Economic Forum (WEF) berkait fokus serta tumpuan Mesyuarat Khas WEF serta jurang negara kaya dan membangun.
AWANI Pagi: Sokongan & peluang pekerjaan untuk komuniti Autistik
Sempena sambutan Bulan Autisme Sedunia pada April, ikuti diskusi bersama Beatrice Leong, Autistik, Aktivis dan Pengasas Persatuan Kesejahteraan Autisme mengenai ekosistem sokongan untuk pekerjaan individu autistik di Malaysia.
Penduduk bimbang simpang kerap berlaku kemalangan
Lokasi simpang empat tersebut acap kali berlaku kemalangan membabitkan pelbagai jenis kenderaan.