Penduduk Pulau Gaya, dekat sini, digesa supaya memastikan pulau itu sentiasa dalam keadaan bersih serta bebas daripada sampah sarap, dengan menampilkan sistem pengurusan sampah yang baik.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pengurusan sampah di pulau itu perlu dilaksanakan dengan baik bukan hanya untuk memastikan penduduk boleh hidup dalam keadaan selesa, tetapi juga demi menjamin kebersihan dan kesihatan mereka.
"Saya mahu penduduk kampung di sini membudayakan amalan membuang sampah di tong sampah yang disediakan dan bukannya membuang sampah di laut," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Regatta Lami Lami 2019 di Kampung Kesuapan, Pulau Gaya, di sini, pada Ahad.
Regatta Lami Lami yang buat julung kalinya diadakan di pulau itu telah berlangsung selama tiga hari mulai Jumaat lepas.
Pulau Gaya dengan keluasan 1,456 hektar terletak kira-kira 10 minit perjalanan menaiki bot dari pusat bandar Kota Kinabalu, mempunyai enam kampung dengan kepadatan sekitar 15,000 penduduk.
Mohd Shafie seterusnya berkata beliau optimis dengan pengurusan sampah yang sistematik, selain memastikan Pulau Gaya sentiasa berada dalam keadaan bersih, ia pastinya mampu menarik kehadiran pelancong kerana pulau itu turut mempunyai pelbagai tempat indah dan unik untuk dikunjungi.
"Pulau Gaya mempunyai potensi baik untuk dibangunkan dan kerajaan negeri sememangnya ada perancangan untuk Pulau Gaya, termasuk membina kereta kabel dari Kota Kinabalu ke sini," katanya.
Pada majlis itu, Mohd Shafie turut meluluskan peruntukan RM500,000 bagi membina dewan masyarakat di Pulau Gaya untuk kegunaan penduduk setempat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 08 2019

Penduduk kampung diseru membudayakan amalan membuang sampah di tong sampah yang disediakan dan bukannya membuang sampah di laut.

Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara
Nurul Izzah sebelum ini pernah melaksanakan kajian kemiskinan multidimensi Permatang Pauh yang dapat menyumbang kepada indeks kemiskinan negara.

Kanak-kanak patah tangan jatuh tingkat 11
Seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat.

Shahril sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO - KJ
Bagaimanapun perkara itu tidak akan berlaku berikutan Shahril telah digantung keahlian parti tanpa melalui proses yang sewajarnya.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007168/34651833521675039409896_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Hakim Rahman.

Zambry yakin isu dua hala Malaysia-Singapura dibincang dalam konteks konstruktif
Antara isu berkaitan termasuk 'Maritime Boundary Delimitation', 'Flight Information Region' dan juga melibatkan beberapa hal lain.

Aberdeen ambil masa 19 minit pecat Goodwin
Sebelum ini, Aberdeen diaibkan kelab Divisyen Enam, Darvel dalam saingan pusingan keempat Piala Scotland pada Selasa.

Penduduk Taman Seri Kemuning Indah resah insiden tanah runtuh
Situasi itu semakin membimbangkan penduduk kerana ia berhampiran rumah mereka selain faktor hujan sejak kebelakangan ini.

Sukan Asia Hangzhou 2022 ikut jadual
Chong berkata, tuan rumah, China sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di Asia itu.

Jiwa SME | Menawarkan perkhidmatan dakwah dalam talian
Aspek keagamaan antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam terutama golongan yang sibuk bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk menuntut ilmu atau mendalami agama. Tuntutan agama seperti membaca Al Quran, mempelajari kaedah solat yang betul, pengurusan pentadbiran pejabat mengikut syarak antara bidang yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam khususnya mereka yang tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas fardu ain atau kelas membaca Al Quran. Atas alasan itu, seorang anak muda , Mohd Amar Mirzan Abd Kadir Jailani, 29 tahun menubuhkan dakwah digital network yang dikenali BeDaie.

Tapak perkhemahan: Selangor ambil kira kepentingan semua pihak
Panduan itu merangkumi kategori tapak perkhemahan, perancangan dan kelulusan tapak aktiviti perkhemahan.

Tolonglah ubah sikap! TMJ kesal masih ramai tidak prihatin aspek kebersihan
Kerja pembersihan yang dilakukan petugas tidak akan beri impak jika masyarakat tidak memainkan peranan, kata TMJ.

Dua premis makanan diarah tutup
Sebanyak empat kompaun dan lapan notis turut dikeluarkan dalam Operasi Suci dijalankan di Dataran Sentosa Bukit Sentosa.

JKNK arah dua premis makanan ditutup 14 hari, keluar 116 notis kompaun
Dua premis tersebut diarahkan tutup maksimum 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Johor tubuh jawatankuasa penguatkuasaan dan pemantauan pencemaran sungai
Kerajaan Johor menubuhkan Jawatankuasa Penguatkuasaan dan Pemantauan Pencemaran Sungai-Sungai bagi menangani isu pencemaran sungai di negeri itu.

Kes denggi di Negeri Sembilan meningkat 82.9 peratus
Seremban merekodkan jumlah tertinggi iaitu 390 kes diikuti Rembau (37), Jempol (27), Port Dickson (20), Jelebu (16), Tampin (13) dan Kuala Pilah (9).

Tunku Azizah ingatkan orang ramai berwaspada dengan penularan penyakit berjangkit
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengingatkan orang ramai supaya lebih berwaspada terhadap penularan penyakit berjangkit dengan yang terbaharu, wabak cacar monyet.

Ini yang perlu ibu bapa lakukan jika anak dijangkiti HFMD
Penjagaan kebersihan semasa tempoh isolasi anak yang dijangkiti di rumah harus diamalkan pada tahap tertinggi.

Sampah bertaburan di laluan CSR Lipis-Merapoh: Masyarakat perlu sama-sama bertanggungjawab - ADUN
Menjaga kebersihan laluan CSR Lipis-Merapoh termasuk di lebuh raya lain merupakan tanggungjawab bersama.

Kilang pau kotor diarah tutup
Masih tidak serik... premis terbabit pernah dikenakan tindakan penutupan pada 2019.