awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Jinjang Selatan Tambahan tercicir pampasan rumah, rayu DBKL bertindak

Khalis Khadir
Khalis Khadir
13/09/2024
23:30 MYT
Penduduk Jinjang Selatan Tambahan tercicir pampasan rumah, rayu DBKL bertindak
K. Selvakumar (tengah) menyerahkan memorandum kepada pegawai khas Datuk Bandar Kuala Lumpur di Menara DBKL pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Gabungan Isu Perumahan dan Pampasan Jinjang Selatan Tambahan mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera menyelesaikan tuntutan isu perumahan dan pampasan pengosongan tanah.
Penolong Setiausahanya, K. Selvakumar mendakwa hak 17 penduduk yang dijanjikan tawaran rumah telah dinafikan.
Ia susulan tapak berkenaan di Lot PT 26640 terlibat dengan penjualan tanah milik Datuk Bandar Kuala Lumpur kepada pemaju melalui perjanjian pada 23 November 2017.
Selvakumar pada bulan lalu mendakwa sepatutnya rumah gantian diberikan kepada penduduk yang layak.
Bagaimanapun setakat tempoh berkenaan, hanya sekitar 70 peratus daripada pembinaan rumah gantian disiapkan manakala rumah bagi keluarga kedua belum bermula.
“Kita minta tarikh daripada Datuk Bandar untuk duduk berbincang cari jalan penyelesaian untuk isu ini sebab benda ini dah sampai kemuncak.
"Proses kesemua perjalanan ini mungkin sudah 70 peratus tapi penduduk kita masih belum dapat satu proses tawaran yang lengkap, ada yang isu lesen pendudukan sementara (TOL), ada nama mereka tiada dalam banci, banci disalahgunakan, ada bukan penghuni masuk dalam banci tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyerahkan memorandum kepada wakil Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif di Menara DBKL 1 pada Jumaat.
Gabungan berkenaan memohon DBKL memberikan salinan senarai penerima tawaran bagi membolehkan mereka mengesan TOL.
Dakwa mereka, terdapat salah laku dalam bancian pemberian rumah TOL terutama penduduk pihak luar yang mencuri rumah selain mereka juga tidak bersetuju dengan pampasan pekedai rm500 kerana jumlah tidak setimpal.
Menurutnya, bancian juga didakwa tidak dilakukan secara menyeluruh susulan ada antaranya tidak mendapat tawaran pampasan.
"Ramai ahli keluarga kedua tidak dibanci dengan alasan bujang. Pihak gabungan juga mendapati ramai pemilik telah meninggal dunia dan waris mereka telah dinafikan hak, jadi kita minta DBKL selesaikan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Jinjang Selatan Tambahan
#DBKL
#Datuk Seri Maimunah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan