Penduduk Kampung Baru Seberang Takir, Kuala Nerus mula melakukan persiapan bagi menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka berlangsung hingga 3 Januari depan.
Tinjauan di kampung berkenaan sehingga jam 7 petang mendapati penduduk sudah mula membina benteng pasir di hadapan rumah mereka untuk menghalang air pantai dari masuk ke rumah.
Jarah Pik, 88, berkata keluarganya telah mula membina benteng pasir sepanjang 20 meter bagi menghalang air dari masuk ke rumah mereka sejak Jumaat.
"Kami anak-beranak terutamanya yang lelaki mula membuat benteng ini sejak pukul 8 malam Jumaat hingga sekarang... mujur kami semua tinggal berdekatan jadi sekarang kami sudah siapkan hampir 80 benteng pasir di sepanjang tebing rumah untuk persediaan berlakunya ombak besar.
"Kami sebenarnya perlukan guni dalam jumlah yang banyak dan berharap ada pihak tertentu mampu membekalkan lagi guni pasir untuk bina benteng ini.
"Memang kami selalu buat bila tiba musim tengkujuh ini sebab ini cara yang mudah untuk perlindungan... malam-malam memang kami tidur tak lena kerana terfikirkan ombak besar yang akan datang.
"Tapi syukur tahun ini tidak seteruk tahun lalu walaupun rumah cucu saya dimasuki air pantai sehingga ke bilik," kata wanita itu kepada Bernama di sini.
Lebih 50 rumah penduduk di kawasan berkenaan berisiko untuk dilanda ombak besar kerana jarak yang agak dekat dengan pantai Seberang Takir.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut yang dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Timur Johor bermula 30 Disember hingga 3 Januari 2018.
MetMalaysia meramalkan angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter berbahaya kepada bot kecil dan sebarang sukan air.
Sementara itu, pasangan adik-beradik Rahimah Sulong, 37, dan Nor Fatehah, 30 pula turut merasa risau terhadap fenomena berkenaan meskipun ia telah dilalui sejak mereka kecil lagi.
Menurut Rahimah, kadangkala timbul rasa malas untuk membersihkan kawasan bawah rumahnya ketika fenomena air besar ini kerana akan dipenuhi sampah sarap yang dibawa oleh air laut hingga ke rumahnya.
"Air kadangkala mencecah hingga ke tangga rumah dan sampah sarap juga banyak. Minggu lalu juga beberapa atap rumah penduduk di sini termasuk rumah saya turut diterbangkan angin yang kuat. Sekarang kami paku dan ikat atap berkenaan dan ada juga yang diganti baru.
"Dokumen-dokumen penting semua kami sudah simpan sebab kita tidak tahu apa yang akan jadi nanti. Minggu lepas tiga malam ombak besar datang begitu juga dua minggu lalu berserta air pantai," katanya.
Katanya, fenomena air pasang besar saban tahun juga telah menyebabkan jarak pantai dengan rumahnya semakin dekat iaitu hanya 100 meter berbanding 300 meter dahulu.
"Saya dengar kerajaan negeri akan menambak kawasan depan rumah saya ini. Alhamdulillah memang kami berasa lega kerana tidak perlu lagi berdepan dengan masalah yang sama tiap kali datangnya musim tengkujuh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 30 2017
Penduduk sudah mula membina benteng pasir di hadapan rumah mereka untuk menghalang air pantai dari masuk ke rumah. - Bernama
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Penduduk Kampung Baru Seberang Takir bersiap hadapi fenomena ombak besar
Penduduk Kampung Baru Seberang Takir, Kuala Nerus mula melakukan persiapan bagi menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka bermula hari ini hingga 3 Januari depan.