PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia dianggarkan seramai 33 juta orang pada suku tahun keempat 2022, meningkat 1.3 peratus berbanding 32.6 juta yang direkodkan bagi tempoh sama pada 2021, menurut perangkaan demografi terkini yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan berkata, jumlah penduduk itu merangkumi 90.2 peratus atau 30.4 juta warganegara dan lapan peratus atau 2.6 juta bukan warganegara.
Nisbah jantina penduduk ialah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
Tiga negeri mencatatkan jumlah penduduk tertinggi pada suku tahun keempat 2022 iaitu Selangor sebanyak 21.6 peratus, diikuti Johor (12.3 peratus) dan Sabah (10.4 peratus).
Beliau berkata, jumlah kelahiran hidup pula pada tempoh sama mencatatkan penurunan 2.1 peratus iaitu 109,842 kelahiran berbanding 112,205 kelahiran pada suku tahun keempat 2021.
"Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi dengan 21,384 kelahiran atau 19.5 peratus, manakala Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan kelahiran hidup terendah iaitu 362 kelahiran atau 0.3 peratus," katanya.
Mengenai kadar kematian, sebanyak 48,780 kematian dicatatkan pada suku tahun keempat 2022, penurunan 10.2 peratus berbanding 54,316 kematian yang direkodkan bagi tempoh sama tahun sebelumnya, dengan kematian paling tinggi adalah di Selangor sebanyak 7,711 manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan kematian terendah dengan 75 kematian. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023
Penduduk Malaysia dianggarkan seramai 33 juta orang pada suku tahun keempat 2022, meningkat 1.3 peratus berbanding 32.6 juta yang direkodkan bagi tempoh sama pada 2021. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Penduduk Malaysia dianggarkan 33 juta pada suku keempat 2022 -DOSM
Jumlah itu merangkumi 90.2 peratus atau 30.4 juta warganegara dan lapan peratus atau 2.6 juta bukan warganegara.