Masjid Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang mendakwa alunan azan serta tahrim yang dilaungkan tidak terlalu kuat sehingga mengganggu jiran berdekatan.
Malah bukan speaker yang digunakan tetapi hanya kira-kira 11 corong pembesar suara yang diletakkan iaitu 4 di menara dan 7 di pencawang.
Pengerusi masjid, Mohd Arif Ayub berkata masjid ini sangat berdekatan dengan taman perumahan yang kebanyakkan adalah orang Islam.
Malah terdapat 29 rumah yang berada rapat dengan masjid, tetapi hanya Mohd Said sahaja yang membuat laporan polis, sedangkan jiran lain merasa tidak terganggu.
“Semua ahli jawatankuasa masjid dan penduduk telah berbincang dan mengatakan ia tidak terlalu kuat. Hanya seorang sahaja yang berkata ia mengggangu. Kenapa benda ni berlaku dan dibawa ke laporan polis? Sepatutnya ia dibawa dulu ke pengerusi masjid, penghulu ataupun jabatan agama. Itu yang terbaik sekali kerana jabatan agama akan menasihati kita. Kami pernah mendapat komen dari penduduk dan jabatan agama beritahu kami dan kami terus ambil tindakan,” kata Mohd Arif.
Bagi jiran selang empat buah rumah dengan pengadu, Nor Aishah Sulaiman berkata dia tidak pernah rasa terganggu dan tertekan dengan alunan azan atau kegiatan lain yang pihak masjid jalankan.
Katanya, pernah satu ketika pihak masjid menurunkan volume pembesar suara dan penduduk yang berjauhan dengan masjid tertanya-tanya tentang waktu azan kerana tidak kedengaran.
“Selaku jiran sebelah masjid dan penduduk, kami rasa terganggu dengan speaker azan, tahrim kuliah dan sebagainy seperti yang disiarkan di Facebook dan internet. Kami tak tertekan sebab dia bukan 24 jam berbunyi, hanya pada waktu azan, kuliah serta fardhu ain sahaja," kata Noraishah.
Sementara itu Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang, A.Rahim Latif berkata pihaknya akan menaikkan ketinggian corong pembesar suara dari 30 kaki kepada 60 kaki agar tidak kuat kepada penduduk berdekatan dan masih boleh didengari bagi mereka yang jauh.
Namun katanya, ia memerlukan masa kerana kekurangan dana untuk berbuat demikian.
Setakat ini pihak masjid telah memperlahankan sedikit pembesar suara dari 100 peratus kepada 50 peratus.
"Kita telah berjumpa dengan pihak pengadu dan pihak masjid. Pihak masjid telah mempertimbangkan aduan pihak pengadu. Pada peringkat awal memang kita sedar kedudukan tiang speaker ini dekat dengan rumah beliau iaitu dengan ketinggian 30 kaki. Kita akan usaha untuk dapatkan dana untuk meninggikan menara dari kedudukan asal," kata beliau.
Sementara itu, seorang jemaah masjid berkenaan turut tampil untuk memberikan keterangan tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Kata beliau, pihak pengada merupakan seorang yang selalu berjemaah di masjid berkenaan dan bukanlah anti-azan.
"Beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri-siri ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speaker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.
"Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar lima minit sahaja, tetapi jika tahrim dan siri-siri ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11 malam," kata beliau dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, media sosial dikejutkan dengan laporan polis oleh lelaki Melayu dan beragama Islam berusia 56 yang mengatakan alunan azan subuh mengganggu tidurnya.
Salinan laporan polis yang tersebar sejak beberapa hari lalu antaranya mendakwa pada jam 5.45 pagi pada 8 april lalu, ketika sedang tidur di rumahnya di Jalan Perjiranan, Pasir Gudang, lelaki itu terjaga akibat bacaan tahrim dan laungan azan yang kuat.
Astro Awani
Tue Apr 15 2014
Masjid Perjiranan Pasir Gudang
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Dah azan atau belum? Muat turun aplikasi Astro AWANI, kini ada notifikasi masuk waktu solat
Apabila memasuki Ramadan, sudah tentu kita akan menunggu tibanya waktu Maghrib untuk berbuka puasa.
COVID-19: Laungan azan di Kuwait ditukar kepada "solat lah kalian di rumah"
Kedengaran suara seorang bilal membuat perubahan pada lafaz azan kepada shollu fi rihaalikum (solat lah kalian di rumah).
Bumi rata? Ini jawapan Angkasawan Negara
DATUK Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menjelaskan bahawa bumi berbentuk bulat sfera.
Video laungan azan oleh golongan OKU dapat perhatian pengguna media sosial
Azan adalah amalan yang dikerjakan oleh umat Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu.