DUNGUN: Sistem penebangan pokok secara terpilih mampu memulihara populasi haiwan liar, memastikan ekosistem hutan terjaga dan mengekalkan kelestariannya untuk generasi akan datang.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Roslan Rani berkata antara kaedah yang diamalkan melalui sistem penebangan itu ialah, dengan meninggalkan lebih 32 pokok bersaiz sederhana dan mengambil hanya 10 atau 12 pokok yang sudah matang di setiap satu hektar kawasan hutan.
"Jabatan Perhutanan ada garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) tertentu untuk dipatuhi, bagi memenuhi spesifikasi sistem penebangan secara terpilih ini, selaras hasrat kita yang komited dalam melaksanakan sistem pengurusan hutan secara berkekalan.
"Ada kriteria untuk menentukan had batas tebangan antaranya membuat bancian pokok, stok kandungan dan kematangan pokok yang boleh ditebang, agar habitat hidupan liar tetap terpelihara," katanya kepada pemberita selepas majlis gotong-royong sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di bawah Program Penghijauan Malaysia peringkat negeri di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan aktiviti pembalakan telah memberi kesan kepada habitat serta populasi haiwan liar, terutamanya harimau.
Roslan berkata bagi kawasan yang berhampiran sungai pula, ada beberapa kategori zon yang tidak boleh diganggu, seperti zon penampan di kiri dan kanan sungai.
"Kawasan tersebut adalah laluan biasa bagi haiwan dan ia perlu dikekalkan seperti asal. Setiap projek pembinaan yang ingin dilakukan perlu dirancang sebaiknya, untuk mengelak penebangan tidak terkawal.
"Begitu juga dengan pokok buah-buahan, ia tidak boleh ditebang dan setiap pokok matang mempunyai penanda tersendiri dan kaedah penebangan juga adalah berbeza," katanya.
Pada masa ini, Terengganu mempunyai 480,000 hektar kawasan hutan pengeluaran yang boleh mengeluarkan hasil, serta 120,000 hektar kawasan hutan perlindungan yang tidak akan dibuat sebarang pembangunan, serta 103,000 hektar kawasan yang diwartakan sebagai Taman Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022
Pada masa ini, Terengganu mempunyai 103,000 hektar kawasan yang diwartakan sebagai Taman Negeri. - Gambar hiasan
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Penebangan secara terpilih mampu pulihara populasi hidupan liar
Antara kaedahnya ialah, meninggalkan lebih 32 pokok bersaiz sederhana dan mengambil hanya 10 atau 12 pokok yang sudah matang.