PUTRAJAYA: Penelitian semula Skim Perubatan MADANI bukan bertujuan mengehadkan akses pesakit kepada penjagaan perubatan tetapi bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum untuk meningkatkan keberkesanan dan kemampanan projek berkenaan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata walaupun kecekapan penjagaan kesihatan di kemudahan Kementerian Kesihatan (KKM) meningkat dengan ketara, penambahbaikan skim itu dianggap perlu untuk mencapai keberkesanan kos.
Program yang dikendalikan oleh ProtectHealth Corporation (ProtectHealth) dilancarkan sebagai projek perintis pada 15 Jun tahun lepas, bertujuan mengurangkan kesesakan di hospital terutama di Zon Hijau Jabatan Kecemasan hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM).
"Adalah penting untuk tidak mengabaikan pelbagai inisiatif dilaksanakan KKM sepanjang tempoh pelaksanaan SPM. Kebanyakan Klinik Kesihatan (KK) di seluruh Malaysia telah meningkatkan kapasiti perkhidmatan waktu tambahan sedia ada, beroperasi sehingga 9.30 malam pada hari biasa dan bermula 9 pagi hingga 1 petang pada Sabtu.
"Enam KK yang terpilih turut menyediakan perkhidmatan setengah hari tambahan pada Ahad dan cuti umum berdasarkan projek Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR), pada masa sama KKM telah menambah baik perkhidmatan Jabatan Kecemasan hospital dengan memobilisasikan kakitangan perubatan secara strategik untuk memantapkan tenaga kerja di jabatan berkenaan," katanya.
Semalam, Dzulkefly berkata keputusan untuk memfokuskan semula Skim Perbatan MADANI kepada hanya 10 daerah seperti dalam fasa pertama skim itu bermula 26 Feb, selepas mengambil kira kemampanan pembiayaan kewangan semasa kerajaan.
ProtectHealth Corporation (ProtectHealth) dalam kenyataan pada 27 Feb lepas memaklumkan 10 daerah itu ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Gombak, Hulu Langat, Petaling Jaya, Klang (Selangor); Johor Bahru (Johor); Kinta (Perak); kawasan Timur Laut Pulau Pinang; Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).
Dzulkefly berkata pemilihan daerah untuk pelaksanaan skim itu juga akan mencerminkan pengagihan sumber yang adil, tanpa meminggirkan negeri-negeri separa bandar termasuk di Pantai Timur, Utara dan Timur Malaysia.
"Pesakit-pesakit dengan penyakit ringan di luar daerah terpilih masih boleh mendapatkan rawatan di KK dan Zon Hijau hospital, dengan masa menunggu yang panjang biasanya tidak menjadi masalah," katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan ikhlas KKM kepada semua pengamal am atas penyertaan aktif mereka dalam Skim Perubatan MADANI.
"Sejajar dengan aspirasi Kertas Putih Kesihatan (HWP), KKM komited untuk memperkukuhkan kerjasama awam-swasta dalam pelbagai aspek," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
Dr Dzulkefly berkata walaupun kecekapan penjagaan kesihatan di kemudahan KKM meningkat dengan ketara, penambahbaikan skim itu dianggap perlu untuk mencapai keberkesanan kos. - Gambar fail/Bernama
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Niaga AWANI
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
Lebih 300,000 terima manfaat Skim Perubatan Madani setakat Nov - Dr Zaliha
Skim Perubatan Madani yang diperkenalkan pada Jun lepas telah memberi manfaat kepada lebih 300,000 individu di seluruh negara melibatkan hampir 600,000 prosedur rawatan setakat bulan ini.
Belanjawan 2024: Perhebat Skim Perubatan Madani, pencegahan NCD - Persatuan
Persatuan berkaitan penjagaan kesihatan berharap kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengembangkan lagi Skim Perubatan Madani serta meningkatkan pencegahan NCD di bawah Belanjawan 2024.
Skim Perubatan Madani diperluas seluruh negara, manfaat 80,000 isi rumah
Inisiatif perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui Skim Perubatan Madani kini diperluaskan ke seluruh negara bermula 15 Sept lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Anwar harap penerima STR, tanggungan manfaatkan Skim Perubatan Madani
Anwar berharap penerima STR dan tanggungan dapat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui skim Perubatan Madani.
Penerima STR boleh dapatkan rawatan Skim Perubatan Madani bermula hari ini
Skim Perubatan Madani yang bermula hari ini sehingga 31 Dis ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Belanjawan 2023: Skim Perubatan Madani mampu kurangkan kesesakan di hospital - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik beberapa inisiatif dalam pembentangan Belanjawan 2023 apabila menerima peruntukan kedua terbesar dengan peningkatan sebanyak 12 peratus kepada RM36.