MALAYSIA
Penemuan mayat di Bangsar: Polis sahkan identiti selepas bedah siasat selesai

Mayat lelaki dipercayai warga asing ditemukan tertiarap dengan pakaian hampir terlucut di lubang shaft lif aras bawah di tapak pembinaan Bangsar dan telah dibawa keluar sekitar 9.30 malam untuk bedah siasat di PPUM. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan identiti mayat dipercayai lelaki warga asing yang ditemukan di Bangsar semalam akan disahkan selepas proses bedah siasat selesai.
Ringkasan AI
- Ketua Polis Daerah Brickfields mengesahkan lokasi terakhir Jordan Michael John Johnson-Doyle, warga UK berusia 25 tahun, dikesan adalah di Bangsar sebelum dilaporkan hilang sejak 27 Mei lalu.
- Mayat lelaki dipercayai warga asing ditemukan tertiarap dengan pakaian hampir terlucut di lubang shaft lif aras bawah di tapak pembinaan Bangsar dan telah dibawa keluar sekitar 9.30 malam untuk bedah siasat di PPUM.
- Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas proses bedah siasat selesai.
"Identiti mangsa kita belum sahkan lagi hingga selesai urusan post-mortem tersebut," katanya.
Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan lokasi terakhir lelaki warga United Kingdom (UK) dikesan sebelum dia dilaporkan hilang sejak 27 Mei lepas adalah di Bangsar, di sini.
Susulan laporan kehilangan Jordan Michael John Johnson-Doyle, 25, yang dibuat bapanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 2 Jun lepas, Ku Mashariman berkata polis telah menjalankan operasi besar-besaran di sekitar lokasi terlibat.
Menurut beliau, tempat di mana mayat itu dijumpai agak tersorok dan berada di kawasan yang agak sukar untuk dibawa keluar.
Mayat dipercayai seorang lelaki warga asing itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dengan pakaiannya sudah hampir terlucut di lubang Shaft Lif aras bawah di tapak pembinaan itu.
Ku Mashariman berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) manakala punca kematian masih dalam siasatan.
Mayat dibawa keluar kira-kira 9.30 malam ini dan akan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) proses bedah siasat dan pengecaman mayat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami