awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan di KLIA tidak terjejas akibat serangan di Lapangan Terbang Ataturk - MAHB

Bernama
Bernama
29/06/2016
10:15 MYT
Penerbangan di KLIA tidak terjejas akibat serangan di Lapangan Terbang Ataturk - MAHB
Gambar ini menunjukkan keadaan di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul selepas pengeboman yang mengakibatkan 36 orang terbunuh awal pagi tadi. - Gambar Fail
Serangan pengganas ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul setakat ini tidak menjejaskan jadual penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kata Pengarah Urusan Malaysia Aiport Holdings Bhd (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali.
Kejadian itu membimbangkan semua pihak, lebih-lebih lagi MAHB yang mempunyai infrastruktur lapangan terbang, katanya.
Badlisham juga menyampaikan takziah bagi pihak MAHB kepada mereka yang menjadi mangsa tragedi berkenaan.
Pegawai Turki berkata, sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dan 147 lagi cedera berikutan serangan bom di Lapangan Terbang Attaturk pagi ini, iaitu lapangan terbang utama di Istanbul.
"Kami akan memantau keadaan itu kerana kami diberitahu Lapangan Terbang Ataturk akan ditutup sehingga esok dan jika ada penerbangan dari KLIA ke Ataturk mungkin ia dialihkan ke lapangan terbang lain di Turki, jika ada arahan daripada pihak berkuasa Turki," katanya kepada pemberita pada sambutan ulang tahun Ke-18 KLIA di sini, hari ini.
Antara lapangan terbang berhampiran Istanbul ialah Lapangan Terbang Sabiha Gokcen yang dimiliki MAHB serta Lapangan Terbang Izmir dan Lapangan Terbang Ankara Esenboga.
Mengenai Lapangan Terbang Sabiha Gokcen, Badlisham berkata, MAHB telah berusaha keras sejak beberapa bulan lepas dengan agensi keselamatan Turki bagi meningkatkan keselamatannya.
Antara langkah diambil termasuk meningkatkan parameter di luar lapangan terbang itu, termasuk membina dua menara bagi memudahkan pemantauan polis, meningkatkan langkah keselamatan dalam mengawal pengangkutan awam ke lapangan terbang serta mendapatkan beberapa kemudahan yang memerlukan ciri-ciri keselamatan lebih baik seperti simpanan bahan api.
"Selain meningkatkan profil penumpang, kami juga telah menambah baik langkah keselamatan di dalam terminal di mana lebih ramai anggota pasukan keselamatan boleh dilihat serta pegawai keselamatan tidak berpakaian seragam membuat rondaan di lapangan terbang itu," katanya.
Berikutan pengeboman terbaru itu, MAHB akan mengkaji semula langkah keselamatan untuk melihat apa yang perlu dilakukan kepada lapangan terbang itu dan aksesnya mengikut nasihat pihak berkuasa keselamatan, tambah beliau.
Topic Berkaitan
#Istanbul
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan