KUALA LUMPUR: Membaca jambatan ilmu - peribahasa yang sering dikaitkan dengan budaya membaca yang mampu menambah pengetahuan serta menajamkan pemikiran masyarakat untuk negara berkembang lebih maju.
Keupayaan seseorang untuk menguasai sesuatu bahasa juga meningkat dengan aktiviti membaca, tambahan bahasa Melayu, bahasa rasmi negara ini yang berperanan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.
Namun demikian, kebanyakan pejuang bahasa berpandangan, faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, keikhlasan serta kesungguhan pemimpin serta budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi negara juga dilihat masih melalui proses untuk mencapai tahap ketertinggian kedudukan selaras dengan status yang termaktub sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu negara.
Persoalannya, sejauh manakah keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi dalam negara berjaya dimartabatkan dalam penerbitan ilmiah ahli akademik serta ilmuwan negara?
CABARAN BAHASA MELAYU DALAM PENERBITAN ILMIAH
Profesor Adjung Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz, Universiti Malaya, Prof Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid berpandangan, bahasa Melayu boleh diangkat sebagai bahasa ilmiah yang setanding dengan bahasa lain di dunia melalui peranan industri penerbitan buku negara.
Beliau turut menekankan bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam bahan ilmiah dan akademik tidak mengurangkan keilmiahan bahan itu kerana bahasa Melayu adalah bahasa ilmu yang bernilai komersial.
"Cabaran industri perbukuan berbahasa Melayu pada masa ini ialah bagaimana untuk meyakinkan rakyat untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah kerana peranannya masih dilihat sangat kerdil dalam bidang penulisan.
"Hal ini kerana kita tidak mempunyai dasar yang jelas daripada segi bahasa pengantar dalam pengajaran subjek di universiti. Kita terpaksa akur bahawa pengajaran subjek yang cenderung kepada Sains dan Matematik mestilah diajar dalam bahasa Inggeris kerana melibatkan aspek teknikal dan kuantitatif, selain mahu menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk menuntut di universiti tempatan di negara ini.
"Banyak penerbitan jurnal saintifik, terutamanya yang bukan jurnal tempatan yang diimport dari Eropah, Australia serta dari persatuan-persatuan profesional, sering dipandang tinggi dan mesti ditulis dalam bahasa Inggeris untuk laris.
"Semua orang patuh kepada 'rule of the game' membuat penyelidikan dan menulis dalam bahasa Inggeris. Jadi bagaimana dengan keadaan dalam bahasa Melayu? Ia tidak mempunyai arah jelas di situ," katanya.
Zakariah yang juga bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) adalah seorang daripada ahli panel sesi forum bertajuk 'Memajukan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu' bersempena dengan Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), baru-baru ini.
Forum itu turut disertai Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Sheikh Faisal Sheikh Mansor, Pengurus Kandungan Penerbit Pelangi Sdn Bhd, Dr Poh Swee Hiang, dan personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya sebagai moderator.
Zakariah turut berpendapat, kemeriahan dalam penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran memang jelas ada, tetapi hanya tertumpu kepada peringkat sekolah sahaja.
"Dalam bidang ilmiah, kita masih ada lagi nampak kekurangannya sangat ketara kerana di peringkat sekolah, berdasarkan dasar pendidikan kebangsaan memang bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan.
"Namun apabila mula naik ke peringkat atas iaitu di universiti, situasi mula berubah. Jadi jika kita mahu memajukan penguasaan bahasa Melayu dan mencapai apa yang diharapkan, maka sesuatu perancangan teliti harus dilakukan," katanya
Mengulas lanjut, Zakariah berkata, perlu ada gabungan tenaga lebih serius antara penerbit dan pakar-pakar pelbagai bidang untuk menghasilkan lebih banyak penulisan ilmiah berbahasa Melayu kerana kemudahan dan infrastruktur sudah ada di depan mata.
"Kita sebenarnya mempunyai banyak kepakaran dalam pelbagai bidang dari universiti-universiti tempatan, pengalaman cukup luas dalam bidang penerbitan, serta ramai pesara pegawai kerajaan yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.
"Saya sendiri meneliti kertas-kertas laporan dan cadangan yang ditulis oleh mereka dan kebanyakannya mempunyai tahap penguasaan bahasa Melayu yang baik.
"DBP juga memainkan peranan sangat penting dalam membantu mereka menyiapkan hasil penulisan bahasa Melayu dengan baik. Jadi, kemudahan dan infrastruktur sudah ada, cuma kita perlukan satu gabungan tenaga lebih serius supaya bahasa Melayu boleh diangkat martabatnya dalam bidang ilmiah," katanya.
DANA, PELEPASAN CUKAI
Menurut Zakariah lagi, antara cabaran utama penerbit dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam penerbitan ilmiah adalah dana dan proses penilaian isi kandungan asal, iaitu bahasa Inggeris diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, secara tepat dan betul.
"Cabaran utama adalah kebanyakan penerbitan ilmiah sangat teknikal, jadi dari segi libat urus ini sangat penting buat para penerbit dan perlu memastikan bagaimana sesebuah buku yang mempunyai kualiti keilmiahan yang sangat tinggi dapat dipersembahkan kepada pembaca secara menarik dan dapat memahami tentang pokok pembicaraan penulis.
"Selain penilaian dari segi kandungan sesuatu penerbitan ilmiah, usaha dalam menghasilkan buku-buku ilmiah juga memerlukan sokongan dana yang besar," katanya.
Hal ini turut diakui oleh Sheikh Faisal yang berpendapat, banyak dana penggerak penerbitan buku yang masih belum diuar-uarkan dalam kalangan pemain industri, terutamanya dari segi penterjemahan dwibahasa buku-buku teknikal seperti bidang perniagaan.
"Ramai pemain industri penerbitan baharu tidak tahu bahawa kita ada pelepasan cukai untuk menderma dan menaja aktiviti penerbitan buku. Banyak negara luar turut menggalakkan aktiviti penerbitan buku dan penterjemahan dari bahasa-bahasa asing ke bahasa mereka dengan menawarkan dana lumayan.
"Hal ini kerana rakyat di negara mereka kurang membaca dalam bahasa Inggeris berbanding kita, jadi keperluan dana itu sangat penting untuk mengalihkan bahasa asing kepada bahasa mereka untuk menggalakkan penguasaan ilmu pengetahuan menerusi aktiviti membaca.
"Selain itu, penterjemahan karya berbahasa Melayu kepada bahasa asing juga merupakan 'gula-gula' untuk mendekatkan budaya kita dengan negara luar. Sebagai contoh di Filipina, buku-buku budaya diterjemahkan ke dalam bahasa mereka supaya penyebaran bukan setakat buku dan isi kandungan, tetapi juga budaya asing turut diperkenalkan kepada mereka.
"Di Korea Selatan, satu dunia tahu pasal budaya mereka kerana kerajaan mereka memperuntukkan geran penterjemahan dan penerbitan yang sangat lumayan, menyebabkan budaya mereka tersebar luas ke serata dunia," katanya.
BUKU TEKS SEKOLAH DALAM BAHASA MELAYU
Sementara itu, Dr Poh berkongsi, pihaknya mempunyai pengalaman 45 tahun dalam penerbitan buku ilmiah terutamanya buku teks sekolah berbahasa Melayu kerana dasar pendidikan negara menentukan kebanyakan mata pelajaran di peringkat sekolah kebangsaan, perlu diajar dalam bahasa Melayu.
"Kami bukan sahaja menerbitkan buku teks pelbagai bahasa termasuk berbahasa Melayu, tetapi juga turut menerbitkan novel remaja serta buku kanak-kanak dalam bahasa Melayu.
"Jika dahulunya kami mempunyai ramai penulis yang mahir dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan subjek diajar dalam bahasa Melayu dan isi kandungan banyak diterjemahkan dari kandungan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, namun sejak Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris dalam tempoh 20 hingga 30 tahun ini, situasinya terbalik. Jadi dari segi terjemahan, kami tidak mempunyai masalah," katanya.
Poh menambah, pihaknya juga sedang mengadakan transformasi digital daripada buku-buku fizikal untuk menggalakkan lebih ramai pembaca mengakses buku-buku berkenaan di hujung jari, termasuk buku-buku berbahasa Melayu.
"Kami percaya buku-buku teks akan datang iaitu pada tahun 2027, separuh daripada penerbitannya adalah dalam bentuk digital, maka pasaran untuk buku-buku digital akan berkembang dan masa depan penerbitan buku-buku bahasa Melayu kami, termasuk bentuk digital dan fizikal akan menjadi semakin rancak dan hebat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Zakariah (dua, kiri) ketika bercakap pada forum 'Memajukan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu' sempena satu seminar di DBP, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut serta, Sheikh Faisal (dua, kanan), Poh (kanan) dan Ahmad Fedtri (kiri). --fotoBERNAMA
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Johor rancang buka 10 lagi pusat data
Johor merancang untuk membuka 10 lagi pusat data di negeri berkenaan bagi menarik pelabur luar sekali gus meningkatkan pertumbuhan kadar ekonomi serta peluang pekerjaan.
Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam
Muhammad Fauzi berkata, ia penting kerana menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu.
Lenovo umum enjin baharu dikuasakan AI bagi bantu perniagaan kurangkan jejak IT
Ia bagi memperkasakan perniagaan dalam membantu membuat lebih banyak keputusan yang dipacu data dan mampan untuk pembelian teknologi maklumat (IT).
Pesara komando labur hampir ratusan ribu kumpul barang lama
Bermula dengan sebilah keris lama, seorang pesara komando Mansor Mohd, 74, dari Kampung Rhu Renggeh di Marang mula berjinak-jinak mengumpul barang antik sebagai koleksi peribadi.
IHR, perjanjian pandemik: Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti - PM
Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.
JWP fokus selesai isu IMM13 di Labuan dan warga asing di KL
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan fokus kepada usaha menyelesaikan isu IMM13 yang berlarutan sejak sekian lama di pulau bebas cukai ini dan lambakan warga asing di Kuala Lumpur.
Susah, senang perjalanan haji muslimah muda
Guru tadika, Noorfarhanah Ahmad Sukri menganggap kedatangannya ke Tanah Suci dan rezeki dapat menunaikan haji pada tahun ini adalah hadiah paling bermakna diberikan allahyarham bapa yang bersusah payah menabung dan menyimpan duit raya di akaun Tabung Haji dan membolehkannya bergelar haji muda pada usia 25 tahun.
Mara Corps teroka kerjasama dengan syarikat gergasi China
Melalui kerjasama ini, Mara Liner berhasrat menjadi peneraju dalam pembekalan bas EV termasuk jualan langsung dan pajakan untuk kegunaan awam dan kerajaan.
Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan
Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.
PBAKL 2022: 1.24 juta pengunjung dicatatkan dalam tempoh 10 hari
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang berakhir hari ini, mencatatkan kunjungan seramai 1.24 juta pengunjung dalam tempoh 10 hari pesta buku itu diadakan.
Cubaan memperbetulkan sudut pandang tentang Rusia
Buku Senandika Cinta & Korona di Rusia tulisan bakal doktor, anak muda warga Malaysia, bermatlamat menukar sudut pandang tidak tepat tentang Rusia, Covid-19 dan cabaran jihad menimba ilmu di Rusia
Wanita UMNO gesa pihak berkuasa rampas buku Tommy Thomas
Wanita UMNO bahagian seluruh negara telah membuat laporan polis dan berharap tindakan segera dapat diambil berhubung perkara itu.
Dakwaan memfitnah: Polis panggil bekas Peguam Negara, Tommy Thomas
Polis Selangor membuka kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah.
KLWBC 2020: 'Live Streaming' dan potensi penjualan buku cara baharu
Banyak perkara sedang berubah di media sosial terutama Facebook. Sekaligus mengubah landskap media sosial yang kini dipenuhi akaun perniagaan.
KLWBC 2020: Berhijrah ke platform digital
Pengalaman terbang ke sana-sini bersama ibunya membuatkan Tony berfikir: perlu wujud syarikat tambang murah bagi peniaga kecil seperti ibunya.
Siapa Cempaka Putih? Saksikan kesudahan SYOK Seram: 'Buku' malam ini
Drama ini mengisahkan seorang penyampai radio yang telah menerima sebuah buku pemberian wanita misteri bernama Cempaka Putih.
KLWBC2020: Muzik perpaduan Andy Flop Poppy
Andy sudah 25 tahun melalui kehidupan 'havoc' dalam dunia muzik sebagai bintang pop bersama band Flop Poppy.
KLWBC 2020: Mengenal Pyanhabib lelaki sunyi yang berani
Ketika muda dan mula menyerap populariti di dunia hiburan dan dikenali di bidang kesusasteraan - Pyanhabib sebenarnya lelaki sunyi.
KLWBC 2020: Apabila novelis menulis skrip
Menonton telefilem Pencipta Pegang Waktu (PPW) pada Jumaat, 31 Julai jam 10 malam terasa sentuhannya. Malah, melahirkan rasa kagum.