SELEPAS tiga minggu, episod akhir SYOK Seram: Buku - Jangan Baca, Aku Akan Ada bakal disiarkan pada jam 9 malam ini.

Drama pendek SYOK Seram ini turut menampilkan dua bintang terkenal iaitu Siti Elizad sebagai Linda dan Rahim Sepahtu Sinar sebagai penampilan istimewa.

SYOK Seram: Buku - Jangan Baca, Aku Akan Ada mengisahkan seorang penyampai radio yang telah menerima sebuah buku pemberian wanita misteri bernama Cempaka Putih.

Selepas menerima buku tersebut, kehidupan Hasrul mula diganggu. Tapi, siapa sebenarnya Cempaka Putih?

Nak tahu pengakhirannya, saksikan episod akhir yang akan mula ditayangkan pada malam ini jam 9 malam.

SYOK Seram merupakan sebuah kandungan original SYOK pada setiap tahun. Kali ini, SYOK Seram membawakan sebuah drama pendek bertajuk Buku - Jangan Baca, Aku Akan Ada. Cerita asal drama ini telah diinspirasikan oleh Pengurus Kandungan Digital SYOK, Farah Amir.

Ia kemudian telah ditulis dan diolah oleh penerbit kandungan SYOK, Azwar Kamaruzaman bersama Hanim Amron yang sebelum ini telah menulis drama seram bertajuk Bisik. Azwar juga bertindak sebagai pengarah dan dibantu oleh Haidar Hasanuddin.

Tiga episod SYOK Seram: Buku - Jangan Baca, Aku Akan Ada boleh ditonton secara percuma di aplikasi SYOK. Muat turun secara percuma aplikasi SYOK melalui App Store dan Play Store sekarang!