awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerima e-mel kononnya daripada KPN dinasihat buat laporan - Polis

Bernama
Bernama
30/04/2025
12:30 MYT
Penerima e-mel kononnya daripada KPN dinasihat buat laporan - Polis
Polis Diraja Malaysia menasihatkan orang ramai yang menerima e-mel kononnya daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain untuk tampil membuat laporan di balai polis berhampiran. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia menasihatkan orang ramai yang menerima e-mel kononnya daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain untuk tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Muhammed Hasbullah Ali berkata pihaknya mengesan satu hantaran e-mel sedemikian dan kandungannya didapati tidak benar dan merupakan satu cubaan penipuan terbaharu.
Beliau berkata e-mel itu yang bertajuk 'Polis Negara Malaysia', dihantar melalui alamat [email protected] dan mengarahkan penerima untuk segera memberi respons atau diambil tindakan undang-undang.
"Kandungannya direka seolah-olah dihantar oleh Ketua Polis Negara serta turut memaparkan gambar beliau. Adalah dimaklumkan kandungan e-mel itu tidak benar dan ia adalah satu cubaan penipuan," katanya dalam kenyataan berserta tangkap layar emel berkenaan.
Berdasarkan tangkap layar emel itu, antara lain penerima diarah untuk segera menjawab saman yang dilampirkan dalam tempoh 72 jam atau diambil tindakan undang-undang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penerima e-mel
#laporan polis
#KPN
#Razarudin Husain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan