PUTRAJAYA: Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) boleh membuat pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai di 600 pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara yang terlibat dalam program itu, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Program Pengakuan Sukarela (VDP) 2.0 di sini hari ini, beliau berkata antara premis terlibat ialah rangkaian Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), 99 Speedmart, Econsave, Lotus's Malaysia dan Giant Hypermarket.
"Penerima SARa hanya perlu tunjuk IC (MyKad) ketika buat pembayaran di mana-mana 600 pasar raya atau kedai runcit terlibat.
"Jika ada baki sumbangan dari bulan pertama (yang bermula hari ini), baki boleh carry forward (bawa ke hadapan) untuk guna pada bulan yang berikutnya," katanya.
Ahmad berkata senarai penuh pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh didapati di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Semalam, kerajaan mengumumkan lebih 210,000 penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data e-Kasih akan menerima SARa berjumlah RM600 mulai hari ini, dalam bentuk tanpa tunai berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh enam bulan sehingga Disember ini.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengutip hasil sebanyak RM5.57 juta menerusi VDP 2.0 bagi tempoh 6 Jun hingga 15 Julai 2023.
Beliau berkata program yang bermula 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024 itu menyasarkan 2,000 permohonan dengan hasil kutipan sebanyak RM200 juta.
Beliau berkata dasar VDP memberi peluang kepada syarikat dan orang kena cukai secara suci hati hadir mengakui dan membayar cukai yang bertanggungan tanpa dikenakan sebarang penalti atau pada kadar sifar peratus.
"Bagi mengubah budaya cukai yang lebih positif, efektif dan efisien, Kementerian Kewangan menerusi JKDM melakukan reformasi percukaian untuk menggalakkan pembayar cukai secara rela mengisytiharkan jualan barangan atau perkhidmatan bercukai termasuk cukai pelancongan," katanya.
Program VDP 2.0 merupakan kesinambungan inisiatif terdahulu yang telah dilaksanakan mulai 1 Jan hingga 30 Sept 2022, dengan melibatkan 16,880 permohonan dan kutipan hasil sebanyak RM700 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan ketika sidang media pada Majlis Perasmian Program -Handholding Indirect Tax & Voluntary Disclosure" (VDP) di Tower A, Bangunan Suasana PjH hari ini. - Foto BERNAMA
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Penerima SARa boleh buat pembelian di 600 pasar raya, kedai runcit - Ahmad Maslan
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) boleh membuat pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai di 600 pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.