awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah miskin tegar terima SARA RM600 mulai esok

Bernama
Bernama
16/07/2023
09:07 MYT
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah miskin tegar terima SARA RM600 mulai esok
Anwar berkata Kerajaan Perpaduan, telah memperuntukkan hampir RM130 juta di bawah inisiatif Payung Rahmah untuk membantu golongan kurang berkemampuan, terutamanya kumpulan miskin tegar mendepani cabaran kos sara hidup. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Lebih 210,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori miskin tegar berdasarkan data e-Kasih, akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 mulai esok, bagi mendapatkan barangan keperluan makanan asas.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelaksanaan SARA bagi penerima STR di Semenanjung, akan dibuat secara berperingkat mulai esok, manakala penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan pada 7 Ogos ini.
"Penerima STR dari Semenanjung akan menerima SARA dalam bentuk bantuan barangan keperluan asas, yang diberikan dalam bentuk tanpa tunai berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh enam bulan sehingga Disember ini, dan dimasukkan secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima, bagi pembelian di pasar raya atau kedai runcit terpilih seluruh negara.
"Penerima STR dari Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu, akan menerima SARA bermula esok, manakala penerima dari Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor pula, akan mula menerima bantuan itu 31 Julai," menurut kenyataan MOF tersebut.
Kenyataan itu memaklumkan penerima STR dari Sabah, Sarawak dan Labuan pula, akan menerima SARA dalam bentuk bayaran RM600 sekali gus, menerusi pengkreditan ke akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan itu berkata Kerajaan Perpaduan, telah memperuntukkan hampir RM130 juta di bawah inisiatif Payung Rahmah untuk membantu golongan kurang berkemampuan, terutamanya kumpulan miskin tegar mendepani cabaran kos sara hidup.
"Oleh itu, dengan sumbangan yang diberikan ini, dapatlah menampung sebahagian daripada perbelanjaan seharian mereka," katanya dalam kenyataan itu.
Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA boleh didapati di Portal Rasmi STR, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my manakala maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui https://www.mykasih.com.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sumbangan Tunai Rahmah
#Sumbangan Asas Rahmah
#tarikh terima
#cara semak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan