awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
Putin larang keputusan mahkamah asing, luaskan bidang kuasa mahkamah tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penetapan harga siling oximeter akan dikaji - Nanta Linggi

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
05/09/2021
05:56 MYT
Penetapan harga siling oximeter akan dikaji - Nanta Linggi
Sekiranya peranti kesihatan itu dikategorikan sebagai sangat penting, kementeriannya akan mengenakan tindakan sama seperti harga kawalan ke atas kit ujian RTK antigen.
KUCHING: Penetapan harga siling bagi peranti kesihatan oximeter akan dikaji dengan melihat sejauh mana keperluannya untuk diwartakan pengawalan harga, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Menurut beliau, sekiranya peranti kesihatan itu dikategorikan sebagai sangat penting, kementeriannya akan mengenakan tindakan sama seperti harga kawalan ke atas kit ujian RTK antigen.
"Kesemua peranti, alat-alat yang penting yang diperlukan dalam erti kata kita berjaga melindungi diri daripada COVID-19, kita mengkaji satu demi satu. Kita akan lihat setakat mana keperluannya.
"Kalau kita melihat ia sangat penting dan satu keperluan, kita tidak teragak-agak akan mengenakan peraturan yang sama,” jelasnya semasa sidang media selepas melawat farmasi di sebuah pasar raya di Kuching pada Ahad.
Dalam pada itu, Alexander mengulangi kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengenai kajian turut dibuat untuk mengenakan kawalan harga bagi perkhidmatan ujian calitan RT-PCR di klinik-klinik swasta.
"Sekarang tidak ada kawalan harga dia. Yang Berhormat Khairy Jamaluddin telah menyatakan ini juga kita sedang kaji dan akan meletakkan harga siling.
"Jadi biarlah kita bagi peluang kepada Kementerian Kesihatan untuk menasihat KPDNHEP. Kemudian kita berbincang dengan mereka yang memberi perkhidmatan itu di klinik-klinik," tambahnya lagi. Untuk rekod, harga perkhidmatan ujian calitan RT-PCR di sekitar Kuching dan Samarahan boleh didapati dalam sekitar RM150 hingga RM338 di klinik dan hospital swasta.
Topic Berkaitan
#oximeter
#harga siling oximeter
#Alexander Nanta Linggi
#KPDNHEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan