Skip to main content

Malaysia

Pengabaian laporan salah laku: JPA dalam proses ambil tindakan - KSN

71684317839_MohdZukiAli.jpg
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi jawatankuasa khas dalam proses mengambil tindakan berhubung pengabaian lebih 500 laporan salah laku beberapa agensi kerajaan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, beberapa langkah segera sudah diambil antaranya Kementerian Pengangkutan telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya akan minta JPA beri penjelasan lanjut," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Madani Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Rabu.

Baru-baru ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mendedahkan beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku kakitangan mereka, walaupun pihaknya mengesyorkan untuk mengambil tindakan.

Berdasarkan statistik, daripada 533 laporan, 125 membabitkan agensi penguatkuasaan. -- Sinar Harian

Advertisement

Must Watch Video