Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menasihatkan mana-mana pengadil tempatan yang masih berdepan masalah tunggakan elaun tugasan Liga Malaysia (Liga-M) supaya tampil membuat aduan rasmi kepada badan induk itu untuk tindakan susulan.
Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata, aduan tersebut perlu dikemukakan kepada Unit Pengadil atau Sekretariat FAM secara bertulis dan disertai maklumat tepat untuk memudahkan proses tindakan yang bakal diambil.
Menurut beliau, tanpa aduan rasmi, FAM tidak akan mengetahui situasi sebenar yang dihadapi pengadil terjejas selain menyifatkan tindakan melaporkan kepada pihak media hanya merumitkan keadaan dalam mencari jalan penyelesaian.
"Berhubunglah dengan Unit Pengadil dan Sekretariat FAM secara rasmi melalui surat atau pun e-mel dengan penjelasan dan maklumat yang tepat untuk FAM mengambil langkah membantu. FAM boleh bertindak jika pihak pengadil mengambil langkah mengikut proses yang telah ditentukan.
"Sekadar melaporkan kepada media memang susah untuk ambil apa-apa tindakan sebab kita tidak tahu dengan terperinci. Adakah tidak dibayar tiga perlawanan, 10 perlawanan, melibatkan Liga M3, Piala FA...atau mungkin dia tak hadir tapi nak tuntut, kita tidak tahu sebab tak ada maklumat," katanya kepada Bernama, hari ini.
Sebelum ini, timbul dakwaan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selaku badan pentadbir Liga-M mengabaikan pembayaran elaun pengadil yang bertugas bagi saingan Piala Malaysia dan Liga M3 musim 2019 serta aksi kelayakan Piala FA 2020 mengikut tarikh ditetapkan.
FAM turut terkena tempias kecaman sesetengah peminat bola sepak tanah air berhubung isu tersebut, namun Stuart menjelaskan tanggungjawab FAM adalah membuat pelantikan pengadil dan hanya menguruskan soal pembangunan pengadil.
"FAM menyediakan semua pelantikan pengadil untuk pertandingan dan MFL menguruskan bayaran kepada pengadil," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Apr 25 2020
FAM nasihat mana-mana pengadil tempatan yang masih berdepan masalah tunggakan elaun tugasan Liga Malaysia tampil buat aduan rasmi.
Kos perubatan Faisal Halim ditanggung sepenuhnya
Segala kos perubatan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, yang mengalami kecederaan melecur tahap empat akibat serangan asid akan ditanggung sepenuhnya.
Zainal Abidin sifatkan Faisal Halim individu kental
Legenda bola sepak Malaysia, Datuk Zainal Abidin Hassan menyifatkan tonggak Harimau Malaya Faisal Halim sebagai individu yang berjiwa kental dan tidak mengenal erti putus asa.
'Faisal Halim bersemangat nak bangun, tak sabar kembali berlatih' - Shahril
Keadaan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim semakin baik selepas pembedahan kedua yang dijalaninya pada Selasa malam.
Konflik Timur Tengah: China-Perancis kecam serangan di Rafah
Kedua-dua negara dalam kenyataan bersama sekali lagi menegaskan keperluan mutlak untuk melindungi orang awam di Gaza berdasarkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Mengutamakan kanak-kanak sebagai pelaburan untuk masa depan
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berpendapat, melabur dalam asas kanak-kanak seperti peningkatan dalam pendidikan, pembangunan infrastruktur asas, dan peningkatan dalam sistem kesihatan mampu membantu menyelesaikan masalah kemiskinan dalam jangka panjang.
[INFOGRAFIK] Dapatan Utama | Ranjau Sepanjang Jalan
Berikut adalah info berkenaan dengan Dapatan Utama: Ranjau Sepanjang Jalan oleh UNICEF.
AWANI Ringkas: Kadar kemiskinan masih di tahap tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tawarkan gaji pemain bola yang realistik, elak pembaziran - Pakar
Secara umumnya, industri sukan perlu dikawal selia terutama dari segi sistem pengurusan kewangan kerana pada ketika ini, Malaysia jauh ketinggalan.
Malaysia mahu perkenal 'diplomasi orang utan' kepada negara dagang sawit - Johari
Malaysia berhasrat untuk memperkenalkan 'diplomasi orang utan' kepada negara dagang sawit, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Mahkamah benar Muhyiddin dapat sementara pasport lawat kakak di Australia
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan beliau melawat kakaknya yang menghidap kanser di Australia.
Tiada caj pemotongan ayam di Melaka selepas pengapungan harga
Tiada lagi caj pemotongan ayam dikenakan kepada pengguna di Melaka selepas pelaksanaan pengapungan harga ayam bermula hari ini.
PRK Pelangai: Tiada aduan rasmi parti politik salah guna aset kerajaan - SPR
Tiada sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan penyalahgunaan jentera dan aset kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai setakat ini.
Pengguna dinasihat buat aduan rasmi jika harga barang meningkat - KPDNHEP
Pengguna disarankan supaya menyalurkan aduan secara rasmi kepada KPDNHEP, jika terdapat sebarang kenaikan harga barangan secara drastik.
Pengadil perlu buat aduan rasmi kepada FAM - Stuart
FAM nasihat mana-mana pengadil tempatan yang masih berdepan masalah tunggakan elaun tugasan Liga Malaysia supaya tampil membuat aduan rasmi kepada badan induk itu.